View: 859|Reply: 1
|
Elak 6 tabiat ini termasuk main sabun kalau nak ‘adik’ kekal sihat! Anda anggap biasa, sebenarnya bahaya
[Copy link]
|
|
MELAKUKAN onani mungkin perkara biasa bagi sesetengah lelaki bujang untuk memuaskan nafsu mereka.
Bagaimanapun, perbuatan yang dianggap normal itu ditegah dalam Islam kerana dikategorikan sebagai tidak bermoral dan berakhlak.
Bukan itu sahaja, dalam aspek kesihatan juga ia boleh memudaratkan kesihatan sekiranya sering dilakukan.
Ini enam perkara 'normal' yang perlu dielakkan jika anda ingin menjaga dan memastikan alat kelamin berada dalam keadaan sihat serta berfungsi pada tahap optimum.
1. Mengabaikan bulu pada alat kelamin
Kebanyakan lelaki cenderung untuk mengabaikan bulu pada alat kelamin.
Malah ada yang membiarkannya tumbuh dengan lebat sehingga nampak seperti 'hutan'.
Sikap itu akhirnya menyebabkan pelbagai jenis bakteria dan kulat membiak seterusnya membawa infeksi.
2. Tidak cukup tidur
Kesibukan kerja mendorong seseorang itu mengalami kesukaran untuk tidur.
Bagi kaum lelaki, wajar untuk mendapatkan waktu tidur sekitar tujuh hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan kesan buruk pada kesihatan.
Apabila waktu tidur tidak mencukupi, kadar testoteron dalam tubuh boleh menurun dengan mendadak dan ia mengurangkan libido.
Kesannya, kemampuan dan kemahuan seksual akan terjejas.
3. Minum alkohol
Tabiat pengambilan alkohol boleh menjejaskan saluran dan aliran darah alat sulit seterusnya mengakibatkan masalah pada ereksi serta ejakulasi yang boleh menyebabkan mati pucuk.
4. Kurang bersenam
Meskipun terdapat pelbagai jenis senaman mudah yang boleh dilakukan untuk kesihatan zakar, tetapi masih ramai yang malas untuk melakukannya.
Sebaliknya, kebanyakan lelaki memilih untuk mencuba produk tenaga tanpa memikirkan kesan sampingan yang bakal dialami.
5. Menghisap rokok
Pakar kesihatan sering mendedahkan punca utama mati pucuk adalah rokok kerana kandungan tembakau serta bahan kimia di dalamnya.
Namun, masih ramai yang gagal untuk meninggalkan amalan ini.
6. Main sabun
Boleh dikatakan, majoriti kaum lelaki gemar bermain sabun apabila bersendirian kerana ia dijadikan 'pelincir' ketika mengurut atau menggosok kemaluan untuk mengeluarkan air mani.
Tabiat ini sangat bahaya kerana dapat menjejaskan fungsi alat kelamin selain mengakibatkan melecet dan mati pucuk.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ha ha.. good article
namun, experts dalam bidang men's health, adalah sekata bahawa masturbation tidak cause ''mati pujuk'' |
|
|
|
|
|
|
| |
|