CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Kedah] Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar disebut-sebut bakal calon PN di Kedah

[Copy link]
Post time 21-7-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Radhi Mat Din, Baddrol Bakhtiar disebut-sebut bakal calon PN di Kedah


Oleh Izzali Ismail - Julai 21, 2023 @ 3:48pm [email protected]




Radhi Mat Din (kiri) dan Baddrol Bakhtiar.




ALOR SETAR: Pemain legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, adalah di antara nama-nama yang disebut bakal menjadi calon Perikatan Nasional (PN) Kedah bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Radhi, 58, dikatakan bakal diletak sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, yang ketika ini disandang Pengarah Jabatan Pilihanraya PKR Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Radhi yang ketika ini memegang jawatan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Lada, pernah menjadi calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tewas di Parlimen Pokok Sena.

Keputusan PRU14 pada 2018 itu, menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Mahfuz Omar menang kerusi Parlimen Pokok Sena, selepas mendapat 28,959 undi, menewaskan Radhi (23,401) dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Said Ali Syed Rastan (18,390).

Sekiranya, Radhi yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) diletak sebagai calon PN di DUN Alor Mengkudu pada PRN kali ini, beliau dijangka berhadapan calon PH dari Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sebelum ini, seorang lagi bekas pemain skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar, turut dilaporkan bakal menjadi calon PN di DUN Bukit Selambau pada PRN kali ini.

Sebelum ini, Baddrol beraksi bersama Sabah FC dan turut menjadi kapten pasukan Liga Super itu, namun mengumumkan menamatkan kontrak bersama negeri itu, minggu lalu.

Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan PN bakal menampilkan dua bekas pemain bola sepak serta dua ahli akademik bertaraf profesor sebagai calon mewakili gabungan itu dalam PRN 12 Ogos depan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.046926 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list