CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Borneo] Rakyat Sarawak harus kekal bersatu demi kesinambungan pembangunan

[Copy link]
Post time 21-7-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-7-2023 08:29 AM



BINTULU: Rakyat Sarawak harus kekal bersatu bagi memastikan kesinambungan pembangunan serta kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum serta pelbagai latar belakang di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, ini merupakan era baharu di bawah Kerajaan Madani yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana beliau sendiri secara lantang melaungkan slogan “Segulai-Sejalai” sebagai tanda pengiktirafan terhadap Sarawak.

"Ia secara tidak langsung mencerminkan pengiktirafan serta kepentingan yang dipegang oleh Kerajaan Sarawak di peringkat persekutuan,” ujarmya dalam perutusan khas beliau sempena Hari Sarawak, hari ini.  mereka demi membina Sarawak yang lebih aman dan harmoni pada masa hadapan.

Ia menurut Tiong amat perlu supaya negeri ini terus kekal sebagai model perpaduan terbaik negara malah mengukuhkannya lagi demi kesejahteraan hidup serta diwarisi kepada generasi muda yang merupakan pemimpin pelapis pada masa hadapan.

Beliau sebagai memberikan kata perumpamaan bahawa “apa yang kita tanam itulah yang kita tuai” amat signifikan dengan Sarawak pada masa sekarang bahawa semangat perpaduan serta keharmonian kaum harus diterapkan dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi termasuk di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi supaya mereka mempunyai semangat kebangsaan serta patriotik yang tinggi selepas tamat sekolah dan pada masa akan datang.

Selepas 60 tahun merdeka katanya, Sarawak telah berkembang menjadi sebuah negeri yang makmur di bawah gagasan Malaysia.

“Semua ini merupakan hasil pemerintahan yang cekap dan efisyen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah naungan Premier Sarawak Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” jelas beliau.

Justeru, tegasnya, rakyat di negeri ini harus meneruskan sokongan yang tidak berbelah-bahagi terhadap kepimpinan kerajaan negeri bagi memastikan negeri ini terus kekal makmur dan maju seiring dengan inspirasi rakyat Sarawak.

Bagi memperingati peristiwa penting ini ujarnya,  kerajaan Sarawak akan mengadakan sembilan acara sambutan utama yang bertemakan “Sarawak Maju Makmur” bermula 28 Mei sehingga 22 Julai.

Acara ini katanya merangkumi konvoi “Kembara Sarawak Merdeka” yang merentasi semua 12 bahagian, pameran digital 60 tahun kemerdekaan, Majlis Kesyukuran Perdana , perhimpunan dan perarakan,  penyampaian pingat peringatan dan jamuan negeri termasuk konsert awam dan pertunjukan bunga api.

Katanya, semua ini adalah bagi membolehkan semua rakyat Sarawak memperingati tentang identiti kebangsaan serta budaya kita yang menjadi kebanggaan serta identiti unik semua rakyat di negeri ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 1.558355 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list