CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 12

[Politik] Strategi PH makan diri: Kes Sanusi naikkan gelombang sokongan pada PN - Tuan Ibrahim

[Copy link]
Post time 20-7-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Isu yang terpalit ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyemarakkan lagi semangat gelombang jentera Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes berkenaan juga membina gelombang sokongan kepada PN.

"Tinjauan umum mendapati meningkatnya sokongan kepada PN dan kemarahan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Walaupun mereka cuba menafikan tindakan ini bukan bermotif politik, semua pihak sedar ia memang tindakan politik, pendakwaan terpilih dan pelanggaran janji mereka menentang Akta Hasutan sebelum ini.

"Tindakan ini ternyata memakan diri mereka apabila muncul pelbagai pihak membuat kenyataan membantah dan mempertikai tindakan selepas mereka meneliti ucapan Sanusi yang langsung tidak menyebut Sultan Selangor dalam ucapan beliau," katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PN Pusatdidakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik.

Muhammad Sanusi dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut menegaskan, Sanusi akan kekal sebagai calon pada PRN bulan depan selain mengekalkan beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya PN.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/989695/kes-sanusi-naikkan-gelombang-sokongan-pada-pn-tuan-ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu mmg tepat. Gelombang sokongan pd PN jelas melonjak terutamanya dari penyokong umno dan najib. Pelik tp benar
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun nk sokong PN balik...tempat mengundi pun dah tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:29 PM | Show all posts
hell yeah!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:30 PM | Show all posts
Kawan aku kt Selangor pun, dh meluat nk undi PH..even haritu Pru die undi Ph, bkn sbb tak perform ke ape..tp sbb semata2 x suka UMNO & zAHID..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
iols yg dari awal x minat nusi pun finally akan support heols lawan madanon....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2023 02:41 PM | Show all posts
esok2 lepas PRN, comolot dua2 ekoq ni.

berapa kali kita semua dah kena kencing tuan-tuan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:44 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-7-2023 02:14 PM
Aku pun nk sokong PN balik...tempat mengundi pun dah tahu..

please consider utk undi umno sekali

lagipun umo dlm kerajaan madani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2023 02:44 PM | Show all posts
Ok la, dorang lagi pandai dari istana Selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ibharim tak cukup inci ni nak kata sultan selangor bersekongkol dgn PH ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:01 PM | Show all posts
ada karektor mcm sanusi ni baguih utk politik malaysia, org yg boleh debat secara terbuka...sanusi ni patut debat dgn syed saddiq

Kedah vs Johor
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-7-2023 02:44 PM
Ok la, dorang lagi pandai dari istana Selangor.

Diorg mmg bijaksana,pintar, beriman, beradab, beragama, bakal masuk syurga & jgn lupa 33 bln memerintah kan NEGARA MALAYSIA SGT2 MAJU JAYA
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2023 03:16 PM | Show all posts
Jab, jab, confused aku.  Dia kena hangkut sebab ada 31 laporan polis kes 3R ni kan.  Ke sebab PMX order order polis tangkap dia.  Maybe mamat ni lupa orang istana buat report juga...tentera dan polis taat pada raja bukan pmx.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.312808 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list