CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 1

[Perlis] Perlis sasar 3.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025

[Copy link]
Post time 19-7-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Perlis sasar 3.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025


Julai 19, 2023 @ 12:11pm



Keindahan Tasik Timah Tasoh berlatar belakangkan panorama Bukit Chabang menarik perhatian pengunjung. - Gambar fail NSTP



PADANG BESAR: Kerajaan negeri Perlis menyasarkan 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan bertandang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

EXCO Pelancongan Perlis, Wan Badariah Wan Saad, berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan pelancong yang mencecah angka lebih dua juta pada tahun sebelum ini.

"Sebagai contoh pada Pesta Angin Timur 2023 yang berlangsung di Kampung Sungai Padang pada 3 hingga 5 Mac lalu mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya menarik hampir 3,000 pengunjung dan ini menunjukkan satu petanda baik," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer berkata, kerajaan negeri menyusun pelbagai program menarik sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti.

"Antara program yang telah disusun adalah seperti Pesta Air Kuala Perlis dijadual berlangsung antara September atau Oktober tahun depan yang pasti dinanti-nantikan oleh pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.

Wan Badariah berkata, pengisian penganjuran pada kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana akan turut dianjurkan bersama sukan rakyat di darat, selain sukan air dan acara utama lumba perahu antarabangsa.

"Kami masih belum menetapkan tempat, namun keputusan akan dibuat selepas ini," katanya.

Beliau berkata, antara lokasi yang dicadangkan ialah Kampung Y, lencongan banjir barat dan beberapa tempat lagi kerana kerja naik taraf Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis.

Pada 2019, edisi keenam Penganjuran Pesta Air Kuala Perlis berjaya menarik lebih 25,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Wan Badariah berkata, selain acara utama, kerajaan negeri juga akan membantu mempromosi program yang dianjurkan pihak swasta dan produk pelancongan yang dihasilkan orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan cadangan agar beruk kentui dijadikan sebagai maskot bagi TMP 2024-2025 kerana spesies primat itu hanya terdapat di Perlis.

Katanya, sebagai persiapan TMP 2024-2025, kerajaan negeri juga sedang menambah baik infrastruktur pelancongan.– BERNAMA








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 11:05 AM | Show all posts
Tak sabarnya nak pergi cuti dekat Perlis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.051229 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list