CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahanan lari dah ditahan semula

[Copy link]
Post time 18-7-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Tahanan lari dah ditahan semula


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



LAPORAN terdahulu Harian Metro




Nibong Tebal: Polis berjaya menahan semula seorang tahanan lelaki yang dilaporkan melarikan diriketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Ng Ah Thiam, berkata penahanan dibuat di Jalan Pantai Bersih di Butterworth pada jam 8.45 pagi tadi dengan bantuan anggota dari Penjara Seberang Perai.

"Polis berterima kasih kepada orang awam yang memberi kerjasama," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan polis menerima laporan pada 3.56 petang daripada warden penjara memaklumkan tahanan lelaki warga tempatan melarikan diri.

Tahanan dikenali sebagai Nordin Ahmad, 54, dikatakan meloloskan diri ketika berada di Wad Kuarantin Tibi (Wad 5) di HSB.



Disiarkan pada: Julai 18, 2023 @ 4:34pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.035677 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list