CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan, pemandu bas mengaku tidak bersalah pukul anjing

[Copy link]
Post time 14-7-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan, pemandu bas mengaku tidak bersalah pukul anjing


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Nelayan dan pemandu bas kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memukul anjing. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Nelayan dan pemandu bas kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memukul anjing, minggu lalu.

Tertuduh, Rosli Mat Zain, 53, dan Suhaili Haron, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memukul seekor anjing dalam longkang di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung pada 8.30 malam, 8 Julai lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Jin Hong memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi bagi memastikan kedua-dua tertuduh hadir ke mahkamah, selain syarat tambahan mereka perlu lapor diri di balai polis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan sehingga bicara selesai.

Kes akan disebut semula pada 16 Ogos depan.



Disiarkan pada: Julai 14, 2023 @ 12:05pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list