CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN

[Copy link]
Post time 12-7-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
PRN: UMNO Pulau Pinang bakal bertanding enam kerusi DUN


Julai 12, 2023 @ 3:14pm



BENDERA UMNO. FOTO arkib NSTP



GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

"Setakat ini, enam kerusi sah UMNO bertanding di Pulau Pinang iaitu kita akan pertahankan dua kerusi di DUN Permatang Berangan dan DUN Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor seterusnya bertanding di DUN Penaga dan DUN Bertam di Parlimen Kepala Batas.

"Selain itu, kami juga akan bertanding di DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Teluk Bahang di Balik Pulau iaitu satu-satunya kerusi untuk UMNO di bahagian pulau," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih.

"Tiga nama calon terpilih bertanding bagi setiap DUN akan diserahkan kepada pucuk pimpinan dalam tempoh terdekat ini. Dari segi calon kali ini, kita akan mengemukakan muka baharu dan orang muda terutama dalam kalangan Pemuda UMNO," katanya.

Menurut Musa calon-calon muda diketengahkan dalam PRN kali ini bagi membawa pembaharuan dan berharap pengundi dapat memberi sokongan kepada UMNO serta gabungan parti-parti Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.

"Tumpuan kita di kawasan majoriti Melayu dan dipercayai UMNO dapat memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu lalu telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu berjalan serentak pada 12 Ogos. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list