CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 280|Reply: 0

[Melaka] Ibu tunggal nafi terima deposit RM581,000 tanpa lesen sah

[Copy link]
Post time 11-7-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode

NORYANI mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima deposit wang RM581,000 untuk pelaburan tanpa lesen sah. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Ahli perniagaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua tuduhan menjalankan aktiviti menerima deposit wang untuk pelaburan berjumlah keseluruhan RM581,000 tanpa lesen sah mengikut peruntukan Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Tertuduh, Noryani Abdullah, 56, bagaimanapun meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen 2 dan 3.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima deposit RM249,500 daripada Fatimah Abdullah, 51, untuk pelaburan tanpa lesen sah yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Jalan Hang Tuah, di sini, antara 8 Januari 2020 hingga 26 Oktober 2020.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran serta pasport diserah kepada mahkamah.

Peguam Andrew Lourdes merayu jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh ibu tunggal yang kini tidak bekerja, mempunyai enam anak serta menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan masalah penglihatan.

Hakim Ismail Sabri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan kes disebut semula pada 11 Ogos depan bagi serahan dokumen.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 3, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM331,500 daripada pengadu sama yang dimasukkan ke akaun banknya antara 16 Februari 2021 hingga 24 September 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia dituduh mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 127(2) Akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya, jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin membantah jaminan atas alasan kesalahan tidak boleh dijamin, namun mencadangkan RM20,000 jika mahkamah menggunakan bicara membenarkannya.

Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 berserta syarat tambahan sama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 000-tanpa-lesen-sah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.100846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list