CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Pulau Pinang] NIMP 2030: Negeri utara turut terima manfaat

[Copy link]
Post time 10-7-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
NIMP 2030: Negeri utara turut terima manfaat

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  10 Julai 2023    04:51pm





Liew Chin Tong (kanan) melihat produk yang dihasilkan ketika mengadakan lawatan ke sebuah syarikat pembuatan di Sungai Petani pada Isnin.




NEGERI-negeri di Utara Semenanjung Malaysia terutama Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak akan turut menyaksikan lebih banyak pertumbuhan ekonomi selaras pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, ia akan membabitkan sektor pembuatan dan perkilangan yang kini telahpun sedia membangun di kawasan berkenaan.

Menurutnya, langkah itu adalah usaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi merancakkan semula ekonomi negara sekali gus membantu syarikat tempatan untuk terus bersaing di pasaran.

"Ini adalah usaha kementerian iaitu bagi kawasan selatan Kedah, utara Perak dan Pulau Pinang...yang akan menyaksikan lebih banyak pertumbuhan ekonomi dalam bidang pembuatan dan penambahan kilang perindustrian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat sebuah kilang pembuatan di Kawasan Perindustrian Cendana dekat sini pada Isnin.

"MITI sedang usahakan NIMP, harap boleh bantu syarikat tempatan agar dapat masuk dalam rangkaian pembekalan atau supply chain serta membuka peluang pekerjaan dengan gaji setimpal.

"Negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Perak diharap dapat memacu pertumbuhan akan datang.

"Ini harapan kementerian melalui NIMP dengan usaha pemain industri dan keadaan baharu ini dapat mewujudkan syarikat yang lebih bergantung kepada kemahiran tinggi selain penggunaan teknologi terkini dalam sektor pembuatan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 1.494423 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list