CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guan Eng sedia bekerjasama siasatan polis isu 3R

[Copy link]
Post time 10-7-2023 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng sedia bekerjasama siasatan polis isu 3R


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 10, 2023 @ 2:29pm [email protected]




Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengulas isu kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R, ketika ditemui media di Butterworth hari ini. NSTP/Danial Saad




BUTTERWORTH: Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengesahkan belum dipanggil polis untuk siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R).

Guan Eng berkata, bagaimanapun sedia bekerjasama sekiranya diminta berbuat demikian dan mendakwa kenyataannya itu diputar belit sebuah portal berita yang melakukan terjemahan yang tidak tepat.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, akhbar berbahasa Mandarin yang menjadi rujukan portal berita terbabit sudah mengeluarkan kenyataan berasingan semalam.

"Menurut mereka (akhbar berbahasa Mandarin), portal berita itu membuat terjemahan yang salah dan silap.

"Bila anda sudah terjemah salah kenapa nak salahkan saya pula. Jelas sekali, kita faham kalau anda tak faham bahasa Mandarin.

"Tapi janganlah dengan sengaja faham tetapi sengaja buat terjemahan silap supaya boleh buat ini sebagai senjata politik untuk jejaskan imej orang," katanya kepada media, di sini hari ini.

Guan Eng berkata, apa yang disuarakannya adalah sebuah kuil Hindu lama berusia lebih 70 tahun yang dirobohkan kerajaan negeri Kedah pada 2020 dan bukan seperti yang didakwa.

"Ini mereka cuba manipulasi kata saya yang tidak sebut kuil Hindu tetapi sebut tokong Buddha Cina.

"Selepas itu mereka terus mainkan isu ini, tak cukup dengan itu mereka nak buat laporan polis berdasarkan apa yang saya tak cakap, berdasarkan satu fitnah," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita berkenaan, Guan Eng berkata, beliau tidak bercadang berbuat demikian pada ketika ini.

Semalam, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G S Suresh Kumar, dilaporkan bahawa menerima beberapa laporan polis terhadap Guan Eng.

Beliau berkata, laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa 'gelombang hijau' bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat 'gelombang hijau' daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067941 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list