View: 861|Reply: 7
|
Jemaah Menangis Jalan Kaki 5 Jam Ke Arafah Di Bawah Terik, Bekalan Air Pun Tak Ada!
[Copy link]
|
|
Beberapa hari lalu, tular perkongsian seorang jemaah haji bernama Resty Ibrahim mengenai cabaran luar biasa dialaminya.
Ada satu kejadian di mana bilangan jemaah terlampau ramai sehingga jadual bas yang sepatutnya menjemput mereka menjadi cacamarba.
Setelah menunggu lebih 12 jam, mereka akhirnya nekad berjalan sejauh 20 kilometer menuju Arafah di bawah terik mentari dengan suhu 48 darjah celcius.
Setiap jemaah mencuba sehabis baik untuk tiba ke sana walaupun tenaga semakin menipis hingga ada yang mula pengsan terutamanya golongan warga emas memandangkan tiada bekalan minuman.
Tekak semakin haus, kaki terus melecet. Namun syukur ke atas Allah, ramai yang selamat sampai setelah berjalan selama lima jam setengah.
Menerusi ruangan komen, netizen merasa kasihan, namun mendoakan semoga kepenatan para jemaah menjadi asbab gugurnya dosa-dosa lama.
Tidak ketinggalan yang mendoakan semoga semua ibadat itu dapat ditunaikan sehingga habis.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
MasyaAllah. Sayangnya Allah pada jemaah ni. Diuji keimanan mereka.
Pasti ada hikmahnya.
Semoga jemaah ini mendapat haji mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepas bahu. Tenguk perempuan jubah hitam sebelah dia, itu cara sebenar untuk melontar.
pasalpa dia nak angkat tangan tinggi2 untuk melontar! dia boleh je pergi dekat tepi jamrah tu dan melontar relax2 spt yang berjubah hitam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
MasyaAllah. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mereka. Tak dapat bayangkan betapa berjalan tengah panas tu. Semoga dipermudahkan urusan mereka dunia akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 7-7-2023 11:54 AM
Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepa ...
Iya lah tu ....
Warga Trisna ni memang ikut kepala dia je....
Masuk tiktok masa melontar.... |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 7-7-2023 11:54 AM
Orang indon ke?
Cara dia melontar tu salah. Perempuan tidak boleh melontar angkat tangan tinggi lepa ...
Dkt komen asal video tu sorang pon x tegur. Ke ada mazhab cara lontar? Indon mmg pelik2. Klau salah kena dam atau haji x sah? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kena dam. Takda pun dalam senarai kesalahan yg dikenakan dam. |
|
|
|
|
|
|
|
ujian buat mereka ktika dsana.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|