CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Melaka] Remaja lelaki cekik adik ditahan polis

[Copy link]
Post time 6-7-2023 09:20 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Melaka: Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bukit Piatu, ditahan polis, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu hanya dua beradik berkenaan berada di rumah manakala ibu dan bapa mereka bekerja.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.

"Suspek kini ditahan polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian.

"Ia juga bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung insiden itu," katanya dalam kenyataan media lewat malam Rabu.

Christopher berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

"Malah, ketika ditemui oleh jirannya, kanak-kanak itu sudah tidak bergerak lagi," katanya.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek adalah anak sulung daripada empat beradik selain seorang pelajar sekolah yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -adik-ditahan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 2.668590 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list