View: 126|Reply: 0
|
Almada tarik minat Man United, City
[Copy link]
|
|
ALMADA (kanan) bersama Messi ketika Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar, tahun lalu. FOTO FAIL REUTERS
London: Pemenang Piala Dunia bersama Argentina dan bintang MLS (Major League Soccer), Thiago Almada dilaporkan menjadi buruan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Manchester, menurut laporan media di negara asalnya.
Pemain tengah Atlanta United itu cemerlang di MLS musim ini apabila menjaringkan lapan gol dan menghasilkan lapan bantuan jaringan dalam 18 penampilan.
Pemain berusia 22 tahun itu dimasukkan sekali sebagai pemain gantian apabila Argentina memenangi Piala Dunia di Qatar, tahun lalu dan secara keseluruhan, dia memiliki empat kap dan satu gol di pentas antarabangsa.
Berita mengaitkannya dengan EPL itu dinyatakan wartawan Argentina, Bruno Gonzalez Garcia, yang mendakwa City dan United sudah menghubungi Atlanta dengan potensi perpindahan pemain berkenaan.
Almada dianggap antara pemain terbaik di MLS sehinggalah rakan sepasukannya di Argentina, Lionel Messi menyertai Inter Miami pada bulan ini.
Tetapi, pada ketika dia menjadi sasaran kelab Eropah, minat ditunjukkan United dan City itu agak mengejutkan.
Almada menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol menakjubkan - dia menyepak masuk bola lantunan selepas sepakan percumanya ketika Atlanta menang 2-0 ke atas Philadelphia Union, hujung minggu lalu.
Pada hari pertama musim MLS pada 25 Februari lalu, dia menjaringkan dua gol dari jarak jauh yangmembolehkan Atlanta bangkit untuk menang 2-1 ke atas San Jose Earthquakes.
Malah, dia turut menarik minat Messi apabila mereka berlatih bersama skuad Argentina.
Bercakap ketika kem latihan sebelum Piala Dunia, Messi berkata: "Thiago bermain dengan bebas. Dia sangat pantas dan memiliki kelebihan ketara dalam situasi satu lawan satu.
"Dia sangat cerdik dan tidak tahu kepada apa saja halangan. Dia akan mara ke arah anda."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nat-man-united-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|