CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 1

[Pulau Pinang] Anwar harap pengundi Melayu Pulau Pinang undi wakil Kerajaan Perpaduan

[Copy link]
Post time 30-6-2023 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Anwar harap pengundi Melayu Pulau Pinang undi wakil Kerajaan Perpaduan


Jun 30, 2023 @ 7:31pm



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pengundi di Pulau Pinang khususnya pengundi Melayu akan mengundi parti yang mewakili Kerajaan Perpaduan di negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Anwar berkata, beliau berharap pengundi di Pulau Pinang akan pulih daripada terbawa-bawa dengan sentimen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, sebaliknya menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

"Saya harap kawan-kawan (pengundi) Pulau Pinang, maklumlah, kadang-kadang terbawa-bawa sikit sentimen pada masa itu…dapat pulih balik dan kita nak Kerajaan Pulau Pinang ini (selari) Kerajaan Perpaduan...supaya kita boleh sama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan boleh bangunkan nasib orang Melayu Pulau Pinang," katanya berucap merasmikan program Qurban Perdana di sini hari ini.

Anwar berkata, enam bulan lalu, beliau menghidupkan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi mempertahankan nasib orang Melayu di negeri ini.

"Ini untuk membantu kerajaan negeri dan Persekutuan, supaya orang Melayu tidak terasa tersisih," katanya.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Perpaduan sudah membuktikan keikhlasan untuk membantu orang Melayu dengan menandatangani satu perjanjian membabitkan Jaminan Kerajaan kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan Rabu lalu memaklumkan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman FELDA itu akan membabitkan pengurangan prinsipal hutang FELDA bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

Katanya, penstrukturan semula pinjaman itu akan mengurangkan kos kewangan FELDA terhadap kadar faedah yang dikenakan dan membolehkannya memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

"Dua hari lalu, saya baru menandatangani perjanjian untuk pemansuhan 80 peratus hutang FELDA yang mempunyai 95 peratus peneroka Melayu," katanya.

Anwar berkata, hutang FELDA yang tinggi disebabkan kelemahan pengurusan agensi itu dan bukan salah peneroka.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keyakinan beliau terhadap kerusi tradisi keluarganya di kawasan Permatang Pauh, Anwar menjawab "Insya-Allah, kami akan menang."

Katanya, beliau tidak boleh menerima naratif gelombang hijau yang menggunakan isu agama dan bangsa untuk mendapat undi.

"Ada pihak yang sebut, siapa yang tidak bersetuju dengan parti dia, dialah musuh Allah. Ini tidak betul, saya bersama Pakatan Harapan (PH) dan UMNO akan terus mempertahankan bangsa dan agama," katanya.
– BERNAMA








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 08:56 AM | Show all posts
Gunakan Nisbah Risiko-Ganjaran: Nilaikan potensi perdagangan berdasarkan nisbah risiko-ganjaran, bertujuan untuk perdagangan dengan potensi ganjaran yang lebih tinggi berbanding risiko yang diambil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list