CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Kedah] PBSL: 'Tak sabar peluk erat anak'

[Copy link]
Post time 29-6-2023 06:21 AM | Show all posts |Read mode
PBSL: 'Tak sabar peluk erat anak'


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ANTARA banduan yang dibebaskan bersama keluarga mereka. FOTO Ahmad Mukhsein Mukhtar




Pokok Sena: "Tak sabar mahu pulang ke rumah dan peluk erat anak-anak," kata Appy, 40, (bukan nama sebenar) banduan Penjara Pokok Sena.

Dia adalah antara 19 banduan yang dibenarkan keluar awal dari Penjara Pokok Sena menerusi Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan MADANI hari ini menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan malah bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga.

"Saya berjanji akan mencari masa depan yang lebih baik untuk diri saya dan orang tersayang. Malah saya ditawarkan peluang pekerjaan melalui program PBSL ini.

"Ketika di dalam penjara saya dapat membersihkan diri daripada 'kekotoran' ini dan kembali ke jalan Allah.

"Saya bersyukur sebaik mengetahui pembebasan awal ini. Sepatutnya saya dibebaskan 13 Ogos depan," katanya yang menjalani hukuman akibat gejala dadah.

Sementara itu, Ayim, 29, (bukan nama sebenar) tidak sabar kembali ke pangkuan isteri dan anak lelaki mereka berusia empat tahun.

"Sepanjang menjalani hukuman di sini, banyak ilmu yang dipelajari termasuklah solat, fardhu ain dan segala kemahiran yang belum pernah saya pelajari sebelum ini.

"Saya kesal dengan perbuatan dan kesilapan lalu. Saya bersyukur dengan program PBSL ini, dapat saya menyambut Aidiladha bersama keluarga," katanya yang dipenjarakan kesalahan membabitkan gejala dadah.

Sementara itu, Pengarah Penjara negeri Kedah, Abdul Kadir Jailani Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa kesemua 19 banduan yang dibebaskan hari ini akan dipantau rapi oleh Jabatan Penjara sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan.



Disiarkan pada: Jun 28, 2023 @ 11:44pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.864587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list