CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Perlis] Seludup ketum antara jenayah aktif sepanjang Aidiladha

[Copy link]
Post time 28-6-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-6-2023 05:08 PM

Seludup ketum antara jenayah aktif sepanjang Aidiladha

oleh  MUHAMMAD AMINNURALIFF  28 Jun 2023   04:43pm





Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.




PERLIS - Jenayah melibatkan aktiviti penyeludupan ketum dikesan masih aktif di negeri ini sepanjang musim perayaan Aidiladha memandangkan ia mendapat permintaan aktif dari negara jiran.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, bagaimanapun penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan pihaknya mengurangkan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

"Aktiviti penyeludupan di sempadan berkurangan kerana operasi ditingkatkan melibatkan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

"Selain itu, antara jenayah lain melibatkan kecurian kenderaan motosikal dan pecah rumah memandangkan ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidiladha," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, Team TaskForce jenayah ditubuhkan sejak dua bulan lalu sekali gus sebagai usaha untuk mengekang jenayah terutamanya melibatkan jenayah rentas sempadan.

"Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis telah mempunyai tiga Team Task Force yang turut melibatkan anggota dan pegawai dari IPD di negeri ini.

"Kesemua anggota dan pegawai terlibat bertugas setiap hari secara berterusan mengikut penggiliran sehingga tamat tempoh operasi," katanya.

Menurutnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan turut dipertingkatkan dari masa ke masa dalam usaha mengekang jenayah daripada berlaku.


"Antaranya melibatkan elemen unit kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) secara kerap menjalankan pemantauan dan rondaan.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan sama ada rumah atau kenderaan dan pada masa sama melaporkan terus kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti atau kegiatan mencurigakan," ujarnya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.196240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list