View: 259|Reply: 0
|
[Selangor]
Luth pulang ke rahmatullah
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/28623ig1_1687934207.jpg)
BERITA pemergiannya Luth dikongsikan keluarga di Instagram.
Subang Jaya: Kanak-kanak lelaki yang juga pesakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff meninggal dunia, hari ini.
Kanak-kanak berusia lima tahun yang menderita penyakit berkenaan sejak Januari lalu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, pada 12.14 tengah hari.
Berita pemergiannya dikongsikan keluarga kanak-kanak berkenaan di Instagram (IG), sebentar tadi.
"Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff sudah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari.
"Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan reda dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT. Mommy (ibu) akan sentiasa bersama Luth sayang," kata kapsyen dalam hantaran gambar di IG.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah Mas Muhammad Luth yang mesra di sapa Luth memerlukan bantuan dana perubatan segera di luar negara untuk merawat penyakitnya.
Sebelum itu, anak sulung daripada tiga beradik berkenaan melepasi saat krtikalnya, selepas ditidurkan selama 96 jam, namun ketika itu kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan separuh sedar.
Bagaimanapun, Luth kemudiannya dilaporkan kembali kritikal pada Ahad lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-ke-rahmatullah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|