CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Perak tiada hutang dengan Teong Kim

[Copy link]
Post time 28-6-2023 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Perak tiada hutang dengan Teong Kim


Bekas pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim (kanan) bersama peguamnya, Adam Yap Boon Han (kiri) hari ini mengemukakan representasi aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) mengenai pemecatan atau penamatan kontrak beliau serta-merta daripada mengendalikan pasukan itu pada yang didakwanya dibuat secara tidak sah. NSTP/L Manimaran



IPOH: Perak FC menegaskan pihaknya tidak menahan gaji mahupun berhutang sebarang bayaran kepada mana-mana pekerja, pemain, atau jurulatih sehingga kini.

Penegasan itu dibuat Perak FC susulan tindakan bekas ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim yang mengemukakan representasi aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) mengenai pemecatan atau penamatan kontrak beliau serta-merta daripada mengendalikan pasukan itu yang didakwanya dibuat secara tidak sah.

Malah, bekas jurulatih yang pernah mengendalikan kelab remaja Bayern Munich menuntut Perak FC membayar baki 16 bulan gajinya.

"Perak FC tidak akan mengulas lanjut dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Lim dalam segala urusan beliau di masa hadapan," kata pengurusan kelab bolasepak itu menerusi kenyataan rasmi malam ini.

Kenyataan sama turut memaklumkan, Perak FC mengambil maklum berkenaan sidang media yang dibuat oleh Teong Kim pagi tadi di pekarangan JPPM, di sini.

Kata kenyataan itu, seperti diumumkan sebelumnya perkara mengenai Teong Kim dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih berada di pihak peguam kelab bolasepak itu untuk diselesaikan.

Tengahari tadi, BH Online melaporkan Teong Kim bersama peguamnya Adam Yap Boon Han mengemukakan representasi aduan mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Ia atas alasan penamatan kontraknya yang dibuat secara serta-merta pada 24 Mei lalu adalah penamatan secara pramatang dan tidak sah memandangkan kontrak bersama Perak FC seharusnya untuk dua tahun namun hanya berlansung selama lapan bulan.

Mereka turut menuntut supaya pengurusan pasukan Perak FC melunaskan baki bayaran gaji 16 bulan iaitu bermula dari tarikh pemecatan sehingga tarikh sepatutnya kontrak dua tahun mengendalikan pasukan itu tamat.

Adam Yap seterusnya dilapor berkata jika rundingan melalui JPPM selaku badan pendamai masih tidak mencapai apa-apa pendamaian atau kata putus, maka perkara itu kemudiannya akan dirujuk kepada mahkamah perusahaan.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-dengan-teong-kim

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 2.061197 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list