CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bubar DUN: Kon Yeow bertemu TYT esok

[Copy link]
Post time 26-6-2023 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-6-2023 10:50 PM

Bubar DUN: Kon Yeow bertemu TYT esok

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   26 Jun 2023    05:31pm





Kon Yeow




GEORGETOWN - Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan bertemu Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Selasa untuk mendapatkan persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Bercakap ketika sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Isnin, Kon Yeow berkata, beliau dijangka bertemu dengan Ahmad Fuzi pada jam 8 pagi.

"Dalam pertemuan pada esok (Selasa), saya akan memaklumkan kepada Yang di-Pertua Negeri mengenai pembubaran itu dan Tun akan menandatangani pengisytiharan pembubaran itu pada keesokan harinya.

"Selepas pertemuan tersebut, saya akan mengadakan sidang media pada jam 2.30 petang untuk mengumumkan pembubaran tersebut," katanya.

Kon Yeow sebelum ini mengumumkan Pulau Pinang akan membubarkan DUN pada 28 Jun bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini juga berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar.


Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih menjadi sebahagian daripada PH.

Selepas Bersatu keluar daripada gabungan PH dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dipecat daripada parti dan kemudiannya menyertai PPBM, empat kerusi itu, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Bertam jatuh di bawah Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, keempat-empat mereka telah diusir daripada Dewan Undangan Negeri pada Mac lalu selepas Dewan meluluskan usul untuk memaksa mereka mengosongkan kerusi mengikut undang-undang anti lompat parti.

Sementara itu, Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang, berkata gabungan PH Pulau Pinang dan Barisan Nasional mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya antara 30 dan 32 kerusi dalam PRN nanti.

Pada PRN 2008, PH memenangi 29 kerusi, manakala pada PRN 2013, PH memenangi 30 kerusi.

"Sekiranya kita boleh mendapat antara 30 dan 32 kerusi pada kali ini, ia akan menjadi keputusan yang memuaskan," kata Kon Yeow.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043272 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list