CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Beraksi di Liga Europa umpama 'turun taraf' - Jota

[Copy link]
Post time 26-6-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Jota (kanan) bersama Liverpool. FOTO AFP

London: Diogo Jota mengakui ia umpama 'turun taraf' buat peminat Liverpool apabila mereka akan beraksi dalam saingan Liga Europa musim depan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp tidak dapat menempah tiket ke Juara-Juara apabila menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris, empat mata di belakang Newcastle di tempat keempat.

Akibatnya, The Reds akan beraksi dalam pertandingan bertaraf nombor dua di benua itu buat kali pertama sejak muncul naib juara pada 2016, iaitu ketika musim sulung Jurgen Klopp di Anfield.

Walaupun mengakui peminat Liverpool mungkin kecewa kerana tidak dapat melihat kelab mereka beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, Jota menegaskan bahawa Liga Europa hadir dengan prestij tersendiri.

"Saya pernah beraksi di saingan Liga Europa sebelum ini bersama Wolves. Walaupun peminat sudah biasa bermain dalam Liga Juara-Juara setiap tahun dan ia seperti 'turun taraf', ia masih lagi pertandingan yang berprestij.

"Kami akan memberikan yang terbaik untuk memenanginya," kata Jota kepada FourFourTwo.

Beraksi di Liga Europa mungkin akan memberi kelebihan kepada Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas sering berdepan nasib malang apabila bertemu Real Madrid di pentas Eropah itu.

Liverpool tewas kepada Los Blancos pada final 2018 dan 2022, disingkirkan di suku akhir kempen 2021 dan terbaru tewas kepada Real pada pusingan 16 terakhir musim 2023.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ma-turun-taraf-jota
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066937 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list