View: 124|Reply: 0
|
Neves menangis tinggalkan Wolves
[Copy link]
|
|
Ruben Neves tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika menyampaikan mesej terakhir kepada kelab dan peminat. – Foto Twitter Wolves
LONDON: Ruben Neves menangis dalam video terakhirnya sebelum meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers.
Pemain tengah Portugal berusia 26 tahun itu menerima tawaran lumayan dari Arab Saudi dan menandatangani kontrak bersama Al-Hilal.
Kelab Arab Saudi itu membayar £47 juta (RM279 juta) untuk mendapatkan khidmat Neves, yang hanya tinggal setahun dalam baki kontraknya di West Midlands.
Bekas kapten Wolves itu merakam mesej menerusi video untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada kelab di akaun Twitter rasmi mereka.
A message from @rubendsneves_... pic.twitter.com/tWAcfnkp5q
— Wolves (@Wolves) June 23, 2023
Dia mengimbau beberapa statistik dan pengalamannya sepanjang enam tahun beraksi di Molineux, termasuk beberapa gol hebatnya dan kempen di Eropah.
Namun selepas menyebut nama rakan sepasukannya dan menjadi kapten bagi musim terakhir, pada pertengahan video berdurasi tiga minit 18 saat itu, Neves tidak dapat menahan emosinya.
Dia menarik nafas panjang seketika tetapi terpaksa berhenti sambil membongkok dan mengesat air matanya.
Neves berkata kepada peminat: "Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sambutan anda.
Pemain Portugal, Ruben Neves (kiri) mengikat kontrak bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal. – Foto Twitter Al-Hilal
"Saya tidak mampu mengucapkan terima kasih sepatutnya kepada anda kerana cara anda melayan saya terutama apabila anda menerima keluarga saya sebagai keluarga anda.
"Cara anda menyokong pasukan amat luar biasa.
"Sekarang saya akan menjadi salah seorang daripada kalian: peminat besar seumur hidup.
"Jelas saya berasa seperti di rumah sendiri di sini dan keluarga saya tidak akan melupakan anda."
Neves menjaringkan 30 gol dalam 253 penampilan bersama Wolves dan dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona ketika dia berdepan kemuncak kariernya.
Namun, dia mengejutkan ramai penyokong apabila memutuskan untuk beraksi di Liga Pro Saudi, menurut jejak langkah Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan N'Golo Kante.
Bayaran perpindahan itu bagaimanapun mampu membantu Wolves mengurangkan hutang mereka dan mematuhi peraturan Financial Fair Play. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... s-tinggalkan-wolves |
|
|
|
|
|
|
| |
|