CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Kedah] Warga emas ditemui mati ketika mahu berniaga nasi lemak

[Copy link]
Post time 22-6-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode

Seorang peniaga nasi lemak meninggal dunia berhampiran tapak berniaga di Taman Kenari, Kulim, hari ini.

KULIM – Seorang peniaga nasi lemak ditemui mati selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran tapak gerainya di Taman Kenari, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 60-an ditemui anaknya yang datang untuk membantu bapanya berniaga di situ.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan tentang kematian seorang lelaki warga emas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari.

Katanya, polis kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada dahi dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang.

“Mangsa merupakan seorang peniaga nasi lemak di hadapan sekolah berkenaan yang mana mangsa juga mempunyai sejarah sakit jantung.

“Mangsa pernah menerima rawatan di hospital pada bulan lalu dan merupakan bekas tentera yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dengan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru sampai ke tapak gerai untuk berniaga sebelum mengalami masalah kesihatan.

“Seorang anak mangsa yang tiba di tempat kejadian dengan menaiki motosikal hairan apabila melihat enjin kereta bapanya yang diletakkan di tepi jalan masih hidup, namun bapanya tiada.

“Anaknya kemudian terkejut apabila melihat bapanya berada di dalam longkang dipercayai terjatuh lalu mengangkat bapanya itu sambil meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... erniaga-nasi-lemak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.048125 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list