View: 109|Reply: 0
|
Arsenal setuju bayar RM380 juta untuk Havertz
[Copy link]
|
|
Arsenal setuju bayar RM380 juta untuk Havertz
HAVERTZ (kiri) berebut bola depan pemain Colombia, Daniel Munoz pada perlawanan persahabatan antarabangsa, Selasa lalu. FOTO AFP
London: Arsenal setuju untuk menandatangani penyerang Jerman, Kai Havertz dari Chelsea dengan bayaran 65 juta pound (RM380 juta), lapor The Athletic, hari ini.
Laporan itu menyatakan, terma peribadi dengan Havertz sudah dipersetujui dan pemain berusia 24 tahun itu akan berpindah ke bahagian lain di kota London.
Havertz akan menjadi pemain kedua termahal dibayar Arsenal selepas mencipta rekod bayaran termahal iaitu 72 juta pound (RM426.85 juta) untuk penyerang Ivory Coast, Nicolas Pepe pada 2019.
Havertz yang juga pemain antarabangsa Jerman menyertai Chelsea dengan kontrak lima tahun bernilai 71 juta pound (RM420.92 juta) pada 2020 selepas dua musim prolifik bersama kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.
Pada musim pertama di Chelsea, dia memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila menjaringkan gol di final ketika menewaskan Manchester City pada 2021.
Bermain di beberapa posisi seperti bahagian depan dan tengah, Havertz menjaringkan 14 gol pada musim 2021-22, tetapi hanya menyumbang sembilan gol musim lalu apabila Chelsea sukar menjaringkan gol di bawah tiga pengurus berbeza dan menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Chelsea kini mahu melepaskan pemain selepas membelanjakan lebih AS$655.74 juta (RM3.044 bilion) untuk menandatangani pemain baru, musim lalu, selepas kelab itu diambil alih oleh kumpulan pelaburan diketuai ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), Todd Boehly dan Clearlake Capital.
Arsenal menamatkan musim di tangga kedua EPL di belakang juara, Manchester City dan layak ke UCL buat kali pertama sejak kempen 2016-17.
Kelab utara London itu dilihat mahu memperkuatkan jentera tengah mereka dan pemain tengah West Ham United, Declan Rice antara sasaran utama mereka.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -juta-untuk-havertz
|
|
|
|
|
|
|
| |
|