CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 0

Ubat Titis Mata Ada Kandungan Ini Jangan Guna Lebih Seminggu, Boleh Buat Mata Kena…

[Copy link]
Post time 20-6-2023 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Ubat Titis Mata Ada Kandungan Ini Jangan Guna Lebih Seminggu, Boleh Buat Mata Kena…



Siapa sangka ubat titis mata yang mempunyai kandungan ini disarankan untuk tidak dipakai lebih daripada tempoh seminggu tanpa konsultasi doktor. Walaupun begitu, menurut Doktor Kamarul Ariffin Sadan, ubat titis mata ini tidak berbahaya dan berdaftar serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, ia mempunyai beberapa syarat penggunaannya termasuklah tempoh masa yang dibenarkan doktor. Kalau nak tahu kandungannya apa, mari teruskan pembacaan anda di bawah.



UBAT TITIS MATA



PESANAN RINGKAS TAPI PENTING

Kalau kalian sakit mata dan doktor beri ubat titis yang mengandungi dexamethasone, mohon jangan pakai lebih daripada seminggu tanpa bertanya doktor. Kalau pakai lama sangat, boleh menyebabkan:

  • Glaukoma: kenaikan tekanan cecair di dalam bebola mata dan merosakkan saraf optik.
  • Katarak: kanta mata menjadi keruh/putih, lantas menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
  • Ulser kornea: ia TIDAK menyebabkan ulser tetapi melambatkan pemulihan ulser kornea.


KEGUNAAN & TEMPOH UBAT TITIS ADA DEXAMETHASONE

Ubat titis yang ada dexamethasone diberi untuk keradangan (gatal dan merah) mata. Digunakan 2 titis 4 kali sehari untuk jangka masa pendek (ditentukan doktor).

Dexamethasone adalah sejenis steroid. Contoh ubat titis mata yang ada dexamethasone seperti Neodeca, Dextracin dan lain-lain.

  • Jika doktor ada beri ubat titis ada dexamenthasone dan mata tetap bermasalah selepas guna lebih 3 hari, disarankan jumpa doktor semula.
  • Jika ubat yang doktor beri ini dah habis, mata masih bermasalah, tak usah beli ubat ini di farmasi dan sambung guna. Jumpa doktor semula.
  • Tak usah beri ubat ni kepada orang lain walaupun simptom mereka sama. Doktor kena periksa dulu. Tidak semua sakit mata sesuai gunakan ubat ini.

PENAFIAN:

Ubat ini tak bahaya. Ia berdaftar dan diluluskan KKM. Selamat untuk digunakan selama patuh pada dos dan indikasi yang disarankan.

Sumber: Twitter Kamarul Ariffin Nor Sadan
https://siraplimau.com/ubat-titis-mata/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.410610 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list