CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang antara 40 laluan tercantik di dunia

  [Copy link]
Post time 17-6-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang antara 40 laluan tercantik di dunia


Oleh Ercy Gracella Ajos - Jun 17, 2023 @ 2:48pm bhnews@bh.com.my




Jalan Kek Chuan tersenarai antara 40 laluan tercantik di dunia. Foto IG/paulynzz




Menampilkan pelbagai warna dan ukiran seni bina yang unik, Jalan Kek Chuan, Pulau Pinang tersenarai antara 40 laluan tercantik di dunia.

Pulau Pinang disenarai tangga ke 17, diiktiraf Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mempunyai seni bina bangunan lama yang menarik.

Pulau Pinang juga meriah dengan makanan jalanan terkenal.

Jika ingin mencari permata seni bina, pergi ke Jalan Kek Chuan untuk melihat kedai-kedai dengan hiasan terperinci yang menggabungkan reka bentuk Timur dan Barat.

Selain Pulau Pinang, Phuket, Thailand, iaitu bandar lama, Soi Romanee dipenuhi dengan rumah kedai Sino-Portugis, juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang juga disenaraikan.

Memetik artikel dari www.housebeautiful.com, baru-baru ini, berkongsi mengenai 40 laluan paling indah di dunia yang boleh diterokai serta menjadi pilihan destinasi pelancongan seterusnya untuk anda.



Phuket, satu lagi destinasi disenaraikan laluan tercantik di dunia. Foto hiasan

Antara 40 senarai itu termasuk Symi Greece; Annecy, Perancis; Copenhagen, Denmark; Sichuan, China; Istanbul, Turkiye; London, England; Brooklyn, New York; Miami, Florida; Cape Town, Afrika Selatan, Kyoto, Jepun dan bandar Québec, Kanada.

Symi, Greece
Bangunan rumah di pelabuhan Symi kelihatan sebaik sahaja feri menghampiri pelabuhan itu.

Untuk melihat lebih dekat, orang ramai boleh bersiar-siar di sepanjang jalan Akti Pavlou dan berhenti di kafe di sepanjang jalan serta berpeluang untuk melihat bangunan di situ seakan dilukis dengan krayon, iaitu antara warna tepu serta kesan trompe l'oeiil.



Wale Street, Cape Town. Foto hiasan

Cape Town, Afrika Selatan
Dahulunya dikenali sebagai Malay Quarter, kejiranan Bo-Kaap Cape Town dipenuhi dengan deretan demi deretan rumah technicolor.

Luangkan masa sehari berjalan dengan melihat kombinasi warna berbeza dan singgah ke Wale Street untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kawasan itu, di Muzium Bo-Kaap.

Chefchaouen, Maghribi
"Bandar biru" di Chefchaouen Maghribi seperti mimpi, di mana sahaja anda berpaling akan berada di dunia biru. Lorong kecil Callejon El Asri dengan berkat koleksi pasu bunganya menjadi spot kegemaran jurugambar.



Payung pelbagai warna direka indah. Foto hiasan

Águeda, Portugal
Perkara yang paling luar biasa tentang Rua Luís de Camões bukanlah jalannya sama sekali, tetapi apa yang tergantung di atasnya.

Dimulakan pada 2012 dan diilhamkan oleh Mary Poppins, Umbrella Sky Project ialah pemasangan seni meliputi payung pelbagai warna direka untuk memayungi pelawat ketika musim panas.

Projek itu berkembang ke beberapa negara di seluruh dunia, tetapi anda masih boleh melawati projek asal jika anda berada di kawasan Águeda.

Alberobello, Itali
Tapak Warisan Dunia UNESCO, Alberobello terletak di wilayah Puglia atau dikenali sebagai tumit but Itali.

Ia terkenal dengan rumah bercat putih dan berbentuk cendawan, dipanggil trulli, yang sudah wujud beradab lamanya.

Colmar, Perancis
Digelar "Petite Venise" kerana terusannya yang menawan dan mengekalkan rupa Alsatian dengan rumah separuh kayu.

Kyoto, Jepun
Laluan dibarisi bunga sakura ini adalah denai damai yang membentang hampir 1.25 batu di sepanjang terusan.

Pastikan anda merancang lawatan untuk musim bunga, apabila bunga mekar berkembang.

Buenos Aires, Argentina
El Caminito, titik fokus visual kejiranan La Boca di Buenos Aires, dibina di atas bekas jalan kereta api dan kini dianggap sebagai muzium jalanan.

San Miguel de Allende, Mexico
Latar belakang lengkap dengan pemandangan mercu tanda San Miguel Arcángel, Jalan Aldama menggabungkan daya tarikan batu buntar menghadap ke bangunan yang dicat.

Pekan 'baroque' kecil termasuk sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ada banyak tarikan daripada muzium hingga ke galeri.

Paris, Perancis
Pemandangan terbaik Menara Eiffel terletak berhampiran Champs de Mars. Selain itu ke Avenue des Camoëns di tepi Trocadero untuk melihat pemandangan lebih jelas.

Cotswolds, England
Pada asalnya dibina pada 1380, Arlington Row, iaitu kotej yang mula-mula dijadikan sebagai kedai bulu biri-biri sebelum akhirnya ditukar kepada rumah penenun.

Jika anda berada di Cotswolds, salah satu kotej itu boleh menjadi pilihan sewaan untuk percutian, jika merancang untuk tinggal lebih lama.

Miami, Florida
Sebahagian daripada Miami paling terkenal ialah lokasi tepi laut yang selesa dan pemandangan kehidupan malamnya yang sibuk.

Juga seni bina Ocean Drive 1920-an dan 1930-an yang dipelihara dengan sempurna tidak seharusnya anak lepaskan untuk berkunjung di sini.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 10:20 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052537 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list