CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ugut KP P.Pinang, 38 along ditahan

[Copy link]
Post time 16-6-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Ugut KP P.Pinang, 38 along ditahan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KHAW Kok Chin (tengah) beramah mesra bersama orang awam ketika hadir lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang di sini hari ini.. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Seramai 38 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along menerusi operasi khas pihak polis pada 5 Jun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, individu ditahan terdiri 34 lelaki dan empat wanita.

"Setakat semalam sejak operasi dilancarkan, seramai 38 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka berusia antara 21 hingga 72 tahun dan ditahan di sekitar Pulau Pinang serta negeri berhampiran," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Kok Chin mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang juga julung kali diadakan selepas beliau dilantik menjadi Ketua Polis Pulau Pinang, pada 12 Mei lalu.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, selain itu ada juga tangkapan membabitkan mereka yang ditahan sebelum ini dan siasatan sudah dibuka.

Kok Chin berkata, polis juga menyiasat sama ada kesemua ditahan terbabit dengan ugutan menerusi surat layang diterimanya pada 1 Jun lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951," katanya lagi.

Operasi memburu along itu membabitkan 28 pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Operasi itu dijalankan susulan Ketua Polis berkenaan menerima surat layang dengan ugutan jenayah dipercayai daripada sindiket along yang dihantar menerusi perkhidmatan Pos Malaysia pada 1 Jun lalu.

Surat itu mengandungi ugutan berbunyi balai polis akan dibakar sekiranya Kok Chin terus mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan selain menerima enam keping replika wang kertas atau 'duit mayat' dan sekeping nota berbentuk amaran.



Disiarkan pada: Jun 16, 2023 @ 1:17pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.053813 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list