CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

Han Byul lagukan Winter Sonata irama keroncong

[Copy link]
Post time 16-6-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Han Byul lagukan Winter Sonata irama keroncong



Han Byul sudah dua bulan berlatih menyanyikan lagu keroncong sebagai persediaan konsert. - NSTP/Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Penyanyi Korea Selatan, Han Byul teruja dipilih mendendangkan lagu irama keroncong pada Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Istana Budaya, Kuala Lumpur, selama dua hari mulai 5 Ogos depan.

Han mengaku tugasan itu memberi cabaran kepadanya kerana tidak pernah membawa genre keroncong yang sama sekali asing buat dirinya.

"Saya tidak pernah melakukan sesuatu seperti ini. Namun, saya mahu beri yang terbaik.

"Saya fikir ini peluang yang baik untuk saya cuba sesuatu yang berbeza," katanya.
Han yang tidak pernah mendendangkan lagu keroncong, sudah memilih bingkisan yang bakal diperdengarkan pada konsert itu, iaitu Cinta Abadi atau Winter Sonata yang diberi sentuhan keroncong.

"Sudah dua bulan saya berlatih menyanyikan lagu keroncong melalui YouTube. Saya juga mendengar banyak lagu dendangan artis lain," katanya.

Ditanya mengenai lenggok dan sebutan bahasa Melayu dalam nyanyiannya, juara Big Stage 2019 ini berkata, dia sentiasa berlatih untuk lebih fasih dalam mendendangkan lagu Melayu.

"Saya amat suka dengan irama keroncong kerana ada persamaan dengan muzik tradisional Korea iaitu 'trot'.

"Daripada segi melodi, tempo dan teknik nyanyian, genre keroncong ada banyak persamaan yang ketara," katanya.


Han Byul bersama Yusni dan Alyah bakal beraksi dalam Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di IB pada 5 Ogos depan. - NSTP/Rohanis Shukri


Bagaimanapun, Han mengaku gemuruh untuk beraksi pada konsert berkenaan kerana memerlukan latihan konsisten.

"Sudah tentu ada banyak risiko jika saya tidak dapat beri persembahan dengan baik. Tetapi saya percaya dengan diri sendiri dan sudah berkerja keras," katanya.

Ditanya mengenai perbandingan muzik Melayu tradisional dan K-Pop yang menjadi 'makanannya', Han berkata, dua genre dua muzik itu sangat berbeza.

"Irama keroncong memfokuskan kepada lirik dan ada bait puisi yang lebih bermakna. Genre muzik K-Pop lebih tertumpu visual dan keterujaan dalam muziknya.

"Saya lebih suka irama keroncong kerana minat dengan puisi, filem dan seni. Lirik yang digunakan dalam irama keroncong cukup menarik. Lagu K-Pop kurang menggunakan lirik puitis," katanya yang teruja beraksi dengan Datuk Awie dan penyanyi lain pada Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia.

Selain Han dan Awie, konsert itu bakal dijayakan Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusni Hamid, Datin Alyah serta bakat baharu Rasyidah Abd Rahim, Rizal Ahmad dan Jamilah Abu Bakar.

Mengenai karier seninya, Han merancang menerbitkan single baharu selepas ini.

"Sekarang saya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga yang ada di Malaysia.

"Selepas pertengahan tahun ini, saya mungkin menghasilkan lebih banyak banyak lagu dan berkolaborasi dengan beberapa artis tanah air," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ata-irama-keroncong


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047162 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list