View: 143|Reply: 0
|
Jaringan 'Joga Bonita' Safawi berkelas dunia
[Copy link]
|
|
SAFAWI ledak gol ketiga Harimua Malaya. -FOTO Ghazali Kori
Kuala Lumpur: Gol ketiga skuad Harimau Malaya hasil ledakan Safawi Rasid dianggap peminat sebagai jaringan berkelas dunia.
Manakan tidaknya, gol itu dihasilkan dengan penuh 'kesenian' apabila Safawi hanya memerlukan dua sentuhan cantik bagi mengatasi pertahanan Kepulauan Solomon sebelum melepaskan satu separa voli kaki kiri yang gagal dihalang penjaga gol lawan.
Jaringan pada minit ke-77 itu nyata mendapat pujian ramai, malah ada yang melabelkan teknik Safawi itu umpama 'Joga Bonita' dalam bahasa Portugis yang membawa makna keindahan bola sepak.
Kebiasaannya, istilah berkenaan digunakan peminat bola sepak di Brazil yang cukup terkenal dengan gaya permainan Samba.
"Gol yang amat cantik. Jogabonita", tulis Imran Roshidin di laman sosial.
"Padu betul gol pawi..tenang..boleh latih main penyerang la pawi," kata Mohd Izzat Faez.
Selain itu, teknik pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat sebahagian dalam permainan sepak takraw.
"Safawi main bola sepak ke takraw? Haha....Gol cantik tuu", kata Maliq My.
"Tiga sentuhan bola tak jejak tanah terus gol memang padu Pawi dah kembali," kata Kencana Kasih.
Dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, Malaysia menang 4-1 hasil jaringan Paulo Josue pada minit ke-40, Arif Aiman (m-45), Safawi (m-77) dan Lee Tuck (m-90), manakala lawan meraih gol tunggal menerusi Raphael Lea'i (m-11).
Untuk rekod, ini adalah gol ke-19 Safawi di peringkat antarabangsa dengan kali terakhir meledak ketika bertemu Bangladesh dalam aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... fawi-berkelas-dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|