View: 178|Reply: 0
|
Arif Aiman 'pecah telur' di peringkat antarabangsa
[Copy link]
|
|
ARIF Aiman temui sentuhan jaringan di peringkat antarabangsa. -FOTO Ghazali Kori
Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi akhirnya berjaya 'memecahkan telur' di peringkat antarabangsa apabila meledak satu gol ketika membantu skuad Harimau Malaya membelasah Kepulauan Solomon 4-1, malam tadi.
Perlawanan antarabangsa Tier 1 yang berlangsung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu itu pastinya akan diingati seumur hidup olehnya menoktahkan kemarau gol buat Malaysia.
Dia yang berusia 21 tahun itu sudah merekodkan 16 penampilan di pentas antarabangsa, dan pastinya gol itu akan dikenang olehnya kerana ia adalah jaringan pertama dalam kariernya dengan skuad negara.
Walaupun ia sekadar gol menerusi sepakan penalti, namun kepuasan mencatat nama selaku penjaring lebih bermakna.
Malah gol itu juga sebenarnya berpunca daripada gerakan yang diilhamkan olehnya sendiri apabila larian Arif Aiman dibentes dalam kotak penalti, sebelum pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat negara.
Biarpun pada mulanya kelihatan seperti ketua pasukan negara, Faisal Halim mahu mengambil sepakan itu namun ia akhirnya diberikan kepada Arif Aiman yang mudah menewaskan penjaga gol lawan di hujung babak pertama buat meletakkan pasukan mendahului dengan dua gol.
Sebelum itu, Kepulauan Solomon yang menghuni ranking lebih tinggi pada kedudukan 134 dunia terlebih dulu di depan hasil jaringan Raphael Lea'i di minit ke-11.
Gol itu mengejutkan kem tuan rumah yang kembali menyusun rentak dan berjaya menyamakan kedudukan melalui ledakan pemain naturalisasi Paulo Josue di minit ke-40, sebelum Arif Aiman menambah kelebihan buat pasukan negara.
Malaysia yang berada di tangga ke-138 dunia terus melebarkan jaringan menerusi gol menarik Safawi Rasid di minit 77 dan Lee Tuck di hujung permainan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ingkat-antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|