CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 0

[Pulau Pinang] Baru 11 tahun, Wiedaad sudah di pentas hafazan kebangsaan

[Copy link]
Post time 14-6-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

WIEDAAD Izzaddiin menjadi peserta paling muda pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Butterworth. FOTO Danial Saad.

Butterworth: Peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 2023, Wiedaad Izzaddiin, 11, tidak pernah terfikir menyertai pertandingan berprestij itu dan hanya berjinak-jinak menghafal al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar 2020.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil di Kuala Krai, Kelantan itu berkata dia kemudiannya mengikuti pengajian di Akademi Al-Quran Amalillah di Terengganu dan berjaya menghafaz 30 juzuk kitab suci itu dalam masa setahun.

Setelah itu, anak sulung daripada lima beradik itu mendalami bidang hafazan di Maahad Tahfiz Barniyah Puteri di Tanah Merah, Kelantan sehingga bergelar johan hafazan kategori wanita peringkat negeri pada April lalu seterusnya mewakili Kelantan pada peringkat kebangsaan.

"Semalam saya diminta juri menyambung bacaan dari surah Ali Imran dan at-Taubah Alhamdulillah saya dapat baca keseluruhan ayat dengan lancar dan saya tidak meletakkan sasaran untuk menang kerana pengalaman yang ditimba sudah cukup bermakna.

"Bagi saya seseorang itu perlu tahu kisah surah yang dibaca supaya lebih menghayati dan kalau sekadar hafal rasa macam tak kena pula bacaan.

"Dalam hal ini, cabaran yang saya hadapi ialah harus melawan rasa putus asa untuk terus kekal menghafaz al-Quran," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth di sini, hari ini.

Menurut Wiedaad dia kembali bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil baru-baru ini untuk menyeimbangkan tuntutan pendidikan akademik dan berharap dapat bersekolah di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pada peringkat sekolah menengah.

"Kenangan manis ceburi bidang ini ialah kawan-kawan sentiasa bagi semangat dan kalau tinggal al-Quran rasa bersalah jadi setiap hari memang rasa kena baca.

"Jadi walaupun bertukar sekolah saya terus melazimi membaca al-Quran serta berlatih hafazan selama kira-kira sejam bagi setiap sesi iaitu pagi, petang dan malam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hafazan-kebangsaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list