SHEIKH Mansour tonton aksi City kali kedua sejak ambil alih kelab pada 2008.
London: Manchester City mengesahkan pemilik kelab Sheikh Mansour akan hadir menyaksikan final Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Keluarga Diraja Abu Dhabi itu hanya sekali datang ke stadium menyaksikan perlawanan membabitkan City sejak mengambil alih kelab pada September 2008 iaitu ketika menewaskan Liverpool 3-0 di Etihad 13 tahun lalu.
Namun kali ini dia datang ke Istanbul untuk menonton perlawanan menentang Inter Milan di Stadium Ataturk dengan harapan skuad Pep Guardiola dapat menamatkan penantian sekian lama bergelar Raja Eropah.
Pelaburan lumayan Sheikh Mansour berjaya melonjakkan prestasi City sehingga meraih tujuh gelaran Liga Perdana Inggeris dan sembilan trofi domestik sejak mengambil alih kelab.