CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Kelantan] Kerajaan teruskan subsidi ayam, telur

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kota Bharu: Kerajaan akan menanggung sebanyak RM200 juta sebulan untuk meneruskan subsidi dan kawalan bagi harga ayam serta telur.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, subsidi sebelum ini akan berakhir pada 30 Jun ini dan kerajaan akan meneruskannya bermula 1 Julai akan datang.

Menurutnya, kerajaan mengambil keputusan itu berikutan rakyat yang masih memerlukan bantuan.

"Keputusan diambil kerajaan hasil daripada perbincangan yang dibuat oleh KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Kewangan.

"Ia (keputusan) mengambil kira rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan untuk mendapatkan bekalan paling murah iaitu ayam dan telur.

"Kerajaan tidak keberatan untuk menyambung pemberian subsidi ini untuk memastikan rakyat kita dapat membeli ayam dan telur dengan harga yang dikawal oleh kerajaan.

"Kita juga faham rakyat masih lagi menanggung (bebanan) dengan situasi kos sara hidup pada masa ini.

"Dengan pemberian subsidi ini, kerajaan menanggung sebanyak RM200 juta sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) dan Menu Rahmah di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh dan dan Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -subsidi-ayam-telur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.140500 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list