View: 1071|Reply: 7
|
Hampir Menitik Air Mata Rider Dapat Tip Macam Gaji Sehari
[Copy link]
|
|
“Cerita dia, aku pergi hantar pesanan dekat rumah flat. Kena pula tingkat lima, kalau ikutkan hati aku malas nak naik tinggi-tinggi."
Kegigihan penghantar makanan sanggup menaiki tangga ke tingkat lima sebuah flat sewaktu menghantar pesanan terbayar apabila menerima wang tip yang banyak.
Menerusi perkongsian Hazmie Faiz Razak di Facebook, dia menunjukkan gambar memaparkan beberapa keping wang kertas RM50 di dalam sampul yang diterimanya serta nota yang ditinggalkan pelangan tersebut.
Menurut Hazmie Faiz, pada awalnya dia agak terkejut apabila dihulur sampul oleh pelanggan tersebut, dan sempat bertanya apakah tujuan sebenar individu berkenaan memberinya.
Bercerita lanjut, Hazmie Faiz berkata, dia tergerak hati untuk melihat isi di dalam sampul tersebut selepas tiba di vendor seterusnya untuk mengambil pesanan pelanggan yang lain.
“Aku turun, pesanan terus masuk. Hidupkan motor (motosikal) pergi ambil pesanan, dan sampai dekat vendor, aku baru teringat sampul abang ini bagi.
“Buka sahaja sampul, Allahuakbar. Nampak ada satu kertas kecik, aku baca. Hampir nak menitik air mata aku. Semoga abang Syed dikurniakan zuriat dan dimurahkan rezeki selalu. Amin,” doanya.
FB
Melihat kepada nota yang ditinggalkan pelanggan tersebut, dia meminta Hazmie Faiz mendoakan dia dan isteri untuk dikurniakan rezeki zuriat.
Perkongsian Hazmie Faiz di Facebook ternyata menerima pelbagai reaksi di ruangan komen dan ramai mendoakan pasangan suami isteri itu agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga mereka.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah.. betapa ingin nya zuriat kn.. Moga Allah kurniakn zuriat yg soleh dan solehah tepat pada masanya utk dia dan isterinya.. Amin Yra..
|
|
|
|
|
|
|
|
rezeki dia.. insyaALlah semua org ada rezeki masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dipermudahkan urusan dan memperolehi zuriat. AAmin |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Amin ya rab. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum dpt zuriat, ikhtiar la pindah rumah landed, xpon ada lif, kalau xpon tingkat bawah sikit. ada baby nnt susah la kalau nk naik turun tangga 5 tingkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Smga mndpt zuriat..rezeki yg x disngka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada rezeki buat kedua pasangan… inshaallah.. teruskan berdoa |
|
|
|
|
|
|
| |
|