CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rayer, DAP lapor polis dakwaan Sanusi status P Pinang

[Copy link]
Post time 1-6-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Rayer, DAP lapor polis dakwaan Sanusi status P Pinang


Oleh Audrey Dermawan - Jun 1, 2023 @ 5:31pm bhnews@bh.com.my




Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N Rayer (kiri) dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (dua dari kiri) di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani selepas membuat laporan polis hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong




GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan terbarunya bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Laporan yang dikemukakannya di balai polis Jalan Patani, di sini kira-kira jam 8.30 pagi, dibuat atas kerelaan dirinya sebagai warga Pulau Pinang serta bagi mewakili DAP.

Ini laporan kedua Rayer terhadap Sanusi, dengan yang pertama pada Februari tahun ini selepas beliau mempersoalkan mengenai kedaulatan Pulau Pinang.

Bercakap kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, Rayer menyifatkan kenyataan Sanusi mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebagai 'melampau'.

Sanusi katanya, bukan saja mempersoalkan kedaulatan negeri dan Perlembagaan Persekutuan, tetapi juga kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Yang di-Pertua Negeri.

"Sebagai Menteri Besar, beliau harus bertanggungjawab dan mendapat pandangan pakar perundangan dan bukanlah menghentam secara semberono.

"Dengan membuat ucapan secara liar dan sesuka hati sehingga boleh menyebabkan keresahan kepada rakyat Pulau Pinang juga mengganggu gugat ketenteraman awam dan membabitkan perasaan marah rakyat Pulau Pinang.

"Saya membuat laporan ini, bukan saja untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Pulau Pinang, tetapi lebih dari itu membela keabsahan Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Bagaimana seorang Menteri Besar boleh bercakap sedemikian? Ia bukan sahaja tindakan tidak bertanggungjawab tetapi melampau. Saya menuntut beliau menarik balik kenyataan tersebut," katanya.

Rayer turut menyifatkan tindakan Sanusi yang berulang kali mendakwa Kedah memiliki Pulau Pinang sebagai 'hasutan' yang boleh mencetuskan huru-hara dan rusuhan dalam kalangan rakyat, yang mungkin berang dengan kenyataannya.

"Saya menggesa polis mengambil tindakan segera kerana ini bukan kali pertama. Ini berulang kali.

"Sekarang, beliau minta Perlembagaan Persekutuan dipinda. Maksudnya, beliau sedar Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang berdaulat di bawah Perlembagaan Persekutuan dan persekutuan Malaysia. Jadi, jelas sekali kenyataannya tidak berasas dan kurang cerdik. Kenyataan yang boleh membawa kepada gangguan ketenteraman awam dan menyebabkan huru hara," katanya.

Isnin lalu, Sanusi mendakwa Pulau Pinang berada di bawah hak milik Kedah.

Pemimpin PAS Kedah itu juga berkata Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Susulan dakwaannya itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggesa Sanusi, jika serius mengenai dakwaannya itu, maka mereka sedia berjumpa di mahkamah.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng yang turut sama Rayer hari ini turut menggesa 1.8 juta rakyat Pulau Pinang membuat laporan terhadap Sanusi.

Guan Eng berkata kenyataan Sanusi adalah berbahaya dan satu bentuk hasutan, yang beliau sendiri sedar dakwaannya itu bercanggah dengan perlembagaan selepas beliau sendiri menggesa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Ini menunjukkan dia sedar apa yang dia katakan adalah tidak benar, satu kesilapan dan tidak berperlembagaan. Jika ia bercanggah dengan perlembagaan, ia adalah 'haram'.

"Kita semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang berdaulat. Kita ada Yang di-Pertua Negeri, seorang Ketua Menteri dan wakil rakyat. Kita ada sistem pentadbiran kerajaan yang diberi kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau lihat 'jata negara' ada papan tanda Pulau Pinang, kalau kita tengok Jalur Gemilang, salah satunya jalur dan bintang adalah mewakili Pulau Pinang.

"Kenapa sekarang dipertikaikan? Kenapa tidak selama ini? Ini tahun ketiga beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Kenapa tidak dalam dua tahun pertama, di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau tidak menimbulkan sebarang pertikaian?







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2023 06:11 PM | Show all posts
Sanusi pertahan dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, sedia ke mahkamah

oleh    ROSLINDA HASHIM   01 Jun 2023    05:32pm





Muhammad Sanusi Md Nor




ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia bersemuka di mahkamah bagi mempertahankan hujah beliau berhubung kenyataan Pulau Pinang milik Kedah.

Beliau berkata, pendiriannya tidak berubah dan kenyataan yang dibuat berlandaskan fakta, bukan secara semberono

“Saya sedia jumpa di mahkamah. Saya bersedia hingga ke tahap itu (untuk pertahan hujah saya). Di mana saja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang menegaskan perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah untuk diputuskan.

Dalam pada itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng bersama beberapa pemimpin DAP negeri mengiringi Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi berhubung kenyataan kontroversinya itu.

DAP menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai seorang pemimpin berbahaya kerana sering kali mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara, selain mempersoal kedaulatan Pulau Pinang.

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak gentar dengan sebarang tindakan terhadap dirinya berikutan mempunyai asas kukuh atas kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Biarlah polis siasat. Kalau mereka sudah buat laporan polis. Mereka takut sebab mereka tak ada sandaran apa, berbanding saya ada sandaran banyak (berhubung isu tersebut),” ujarnya tanpa mahu mengulas lanjut.


Pada Isnin, Muhammad Sanusi menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan negeri itu hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Beliau mendakwa, pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' dari Kedah.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.078046 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list