View: 204|Reply: 0
|
Penggiliran pemain JDT buahkan hasil
[Copy link]
|
|
PENYERANG JDT, Syafiq Ahmad dikerumuni rakan-rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kelima ketika menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI
Penggiliran pemain JDT buahkan hasil
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari berpuas hati dengan sistem penggiliran pemain yang dilakukan selepas menyaksikan pasukannya mencatatkan kemenangan bergaya membelasah Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA malam kelmarin.
Katanya, ini membuktikan pemain yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini ‘tidak berkarat’ dan mampu memberikan aksi terbaik termasuk mampu meraih kemenangan dengan jaringan yang besar.
Tambahnya, kemenangan itu secara tidak langsung membangkitkan keyakinan pemain untuk memberikan yang terbaik bagi merebut peluang diturunkan dalam pasukan pada perlawanan akan datang.
“Pada perlawanan itu, kita telah memberikan minit permainan kepada pemain-pemain yang menunjukkan kesungguhan mereka layak diturunkan seperti dipamerkan ketika sesi latihan.
“Di awal permainan, saya akui pasukan kita dapat tentangan hebat pasukan pelawat, namun keadaan itu berubah setelah JDT memperoleh jaringan pertama.
“Bersambung babak kedua, keyakinan pemain berada di tahap lebih tinggi apabila lebih banyak mencipta peluang dan ternyata ini merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan,” katanya.
Pada perlawanan itu, JDT membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain pemain import Harimau Kumbang, Ousmane Fane sebelum Jordi Amat, Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong dan Syafiq Ahmad masing-masing meledak satu gol.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -jdt-buahkan-hasil/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|