View: 174|Reply: 0
|
Terengganu terbayang kembali ke pentas final
[Copy link]
|
|
MUHAMMAD AZAM (kiri) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika Terengganu menewaskan Kelantan FC 4-2 pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin. – PUQTRA HAIRRY
TERENGGANU FC (TFC) sudah mula membayangkan pentas final Piala FA selepas mengesahkan slot empat terbaik apabila menumbangkan Kelantan FC 4-2 pada suku akhir kelmarin.
Ketua jurulatih skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner berkata, biarpun sasaran awal pada kempen Piala FA hanya untuk ke separuh akhir, namun beliau memiliki misi yang lebih besar.
Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, beliau mahu mengulangi pencapaian Terengganu di bawah bimbingan Mohd. Nafuzi Zain musim lalu yang berjaya membawa Sang Penyu ke perlawanan akhir.
“Saya yakin barisan pemain akan bersedia fizikal dan mental untuk aksi separuh akhir tidak lama lagi sama ada menentang Sabah atau KL City.
“Memang peluang seimbang jika Terengganu bertemu mana-mana pasukan itu kerana dalam saingan Liga Super, kami seri 0-0 dengan KL City dan 2-2 dengan Sabah pada minggu lalu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.
Steinbruckner percaya beraksi di laman sendiri bersama ribuan penyokong akan beri kelebihan dan skuadnya faham misi seterusnya adalah layak ke final.
Mengulas menentang Kelantan, beliau kurang berpuas hati dengan persembahan kurang meyakinkan benteng pertahanan Sang Penyu kerana ‘menghadiahkan’ dua gol mudah kepada The Red Warriors akibat kesilapan Sardor Kulmatov dan Shahrul Nizam Roshasni.
“Selepas menang 5-0 ke atas lawan sama dalam saingan liga, perlawanan ini patut menjadi mudah, namun apa yang berlaku sebaliknya selepas Terengganu membenarkan TRW bangkit dua kali,” katanya.
Pada aksi kelmarin, Terengganu menang hasil jaringan Muhammad Azam Azmi Murad, Ivan Mamut, Sony Norde dan Syafik Ismail, manakala Ismaheel Akinade mencetak dua gol buat Kelantan.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... li-ke-pentas-final/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|