View: 420|Reply: 5
|
Jude Law Cipta Wangian Berbau Seperti Darah, Peluh Dan Najis
[Copy link]
|
|
Bukan biasa-biasa aroma haruman diciptanya, bintang Hollywood Jude Law mencipta wangian berbau seperti darah, peluh dan najis yang pasti boleh membuat orang menjauhkan diri!
Bagaimanapun, faktanya wangian itu dicipta khusus untuk keperluan penggambaran filem.
Entertainment Weekly
Terlibat dalam projek terbaharu filem Firebrand sebagai Raja Henry VIII, filem lakonannya itu menceritakan hari-hari terakhir bersama isterinya sebelum meninggal dunia.
Ketika menjalani proses penggambaran, Law sempat membaca beberapa fakta menarik tentang keadaan terakhir Raja Henry VIII yang mana kaki beliau membusuk sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.
"Saya terbaca sejumlah fakta menarik bahawa aroma tubuh Henry boleh dihidu sejauh tiga bilik dari kamarnya. Kakinya membusuk sangat teruk. Dia menyamarkan bau terbabit dengan minyak bunga mawar.
"Saya terfikir akan menghasilkan efek luar biasa jika saya juga berbau kurang enak," katanya seperti dilapor Pagesix.
Justeru, Law mendapatkan pakar untuk menciptakan ramuan yang dapat menggambarkan keadaan Raya Henry VIII dengan tepat ketika beliau menderita kerana keadaan kakinya.
Vanity Fair
"Dia boleh membuat aroma yang wangi dan dia juga membuat aroma busuk. Entah macam mana dia menemukan variasi darah, kotoran dan peluh yang luar biasa ini," kongsi Law lagi.
Sebelum penggambaran biasanya Law akan menyembur wangian tidak menyenangkan itu ke tubuhnya dan akan memakai sebanyak mungkin wangian terbabit supaya baunya lebih kuat.
"Ketika Law memasuki tempat penggambaran, itu adalah momen yang sangat mengerikan," kata penerbit Firebrand, Karim Ainouz.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
muka die nmpk mcm amir khan plak kt atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
dalam the talented mr ripley bukan main handsome dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selekeh macamana pon dia ni tetap hensem. |
|
|
|
|
|
|
|
so apa guna perfume tu? nk prank orang lain??? |
|
|
|
|
|
|
|
Oh noo tak handsome tak crush iolss.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|