View: 171|Reply: 0
|
Madrid laung sokongan buat Vinicius
[Copy link]
|
|
PEMAIN Real Madrid memakai jersi bernombor 20 sebagai sokongan terhadap Vinicius. -FOTO AFP
Barcelona: Rodrygo menjaringkan gol kemenangan lewat perlawanan untuk Real Madrid ketika mereka mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi La Liga ke atas Rayo Vallecano dan meraikannya dengan mengangkat penumbuknya ke udara dan menundukkan sebagai sokongan kepada rakan sepasukan Vinicius Junior.
Pemain sayap Brazil Vinicius menerima kecaman berbaur perkauman ketika mereka menentang Valencia Ahad lalu tetapi tidak diturunkan kerana masalah lutut.
Rodrygo menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk meletakkan Madrid di tempat kedua, menundukkan kepalanya sambil mengangkat penumbuknya sebagai tabik akan "Kuasa Hitam".
Karim Benzema meletakkan Madrid di hadapan pada separuh masa pertama sebelum Raul de Tomas menyamakan kedudukan untuk pelawat di Santiago Bernabeu dengan Rodrygo memastikan kemenangan menerusi gol lewat perlawanan.
Kemenangan itu meletakkan Real Madrid di tempat kedua, satu mata di atas pencabar Atletico Madrid, yang seri 3-3 di Getafe semalam.
Biarpun Vinicius tiada di padang namun dia tetap dalam pemikiran pemain yang mana semua pemain Madrid berbaris sebelum perlawanan dengan memakai baju nombor 20 sebagai tanda sokongan.
Penyerang itu dibuang padang ketika menentang Valencia dan walaupun kad itu dibatalkan pada semalam, dia tidak dapat beraksi kerana masalah lututnya.
Ia adalah kali pertama Madrid beraksi sejak isu perkauman itu berlaku dan ramai bintang sukan dan tokoh penting lain di seluruh dunia memberikan sokongan kepada Vinicius.
Penyokong melaungkan namanya selepas 20 minit dengan sepanduk yang ditulis berbunyi "Kami semua Vinicius, itu sudah cukup!"
"Saya fikir semua orang dalam bola sepak, bukan sahaja dalam bola sepak, dalam semua sukan, seluruh dunia, (bertindak balas terhadap) tindakan ini, ia tidak sepatutnya dibenarkan," kata pertahanan Madrid, Dani Carvajal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ongan-buat-vinicius |
|
|
|
|
|
|
| |
|