View: 126|Reply: 0
|
EPL: Manchester City bersiap raikan kemenangan
[Copy link]
|
|
CITY hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Chelsea malam ini untuk meraikan kejayaan menjulang gelaran EPL di hadapan penyokong mereka di Etihad. - AFP
EPL: Manchester City bersiap raikan kemenangan
MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa barisan pemainnya supaya mencatat kemenangan ke atas Chelsea di Etihad malam ini bagi membolehkan mereka menjulang trofi kejuaraan di hadapan penyokong sendiri.
The Citizens hanya memerlukan satu kemenangan bagi mempertahankan kejuaraan, sekali gus bakal menyaksikan mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.
Guardiola berkata, mereka perlu melupakan seketika kejayaan mereka melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara memandangkan pertemuan dengan Chelsea boleh dianggap antara perlawanan penting musim ini.
“Sudah tentu kami gembira kerana dapat melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara, tetapi sekarang adalah tempoh paling sukar untuk kami. Semuanya terletak di tangan kami untuk memenangi kejohanan paling penting.
“Saya anggap EPL penting kerana kami berjuang selama 10 hingga 11 bulan. Sekarang kami berpeluang untuk tamatkan pemburuan kejuaraan di hadapan penyokong sendiri, jadi kami tidak boleh lepaskannya,” katanya.
Sekiranya City memastikan kejuaraan pada perlawanan malam ini, Guardiola akan berada sebaris dengan Sir Matt Busby dan Tom Watson yang memenangi lima gelaran liga, hanya Sir Alex Ferguson, George Ramsay dan Bob Paisley pernah menjulangnya lebih lima kali.
“Kami perlu fokus tanpa sebarang gangguan. Saya tahu semua pemain tidak akan maafkan diri masing-masing jika mereka fikirkan perkara lain dalam perlawanan penting seperti ini,” ujar Guardiola. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -raikan-kemenangan/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|