CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 1

Jarak cinta '10 tahun' Luna Maya, Maxime Bouttier

[Copy link]
Post time 15-5-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Jarak cinta '10 tahun' Luna Maya, Maxime Bouttier


LUNA Maya (kiri) mengambil pendekatan positif dengan tidak menafikan kisah perhubungan cintanya dengan Maxime Bouttier.



Jakarta: Pelakon Luna Maya, 40, mengambil pendekatan positif dengan tidak menafikan kisah perhubungan cintanya dengan pemuda dikenali, Maxime Bouttier, 30, yang kini hangat diperkatakan peminat.

Luna yang bertemu kasih dengan lelaki 10 tahun lebih muda daripadanya didakwa memberi reaksi menyenangkan, sekali gus berbeza dengan kisah percintaannya sebelum ini.

"Doakan sahaja. Terima kasih. Saya tidak tahu bila akan bernikah," katanya kepada media Indonesia ketika ditanya mengenai perancangan perkahwinan.

Difahamkan Luna sebelum ini pernah memberitahu dia tiada perancangan untuk berkahwin pada pada 2023, sekali gus dalam tempoh terdekat walaupun berhubungan rapat dengan Maxime.

Terdahulu, khabar angin membabitkan pencintaan Luna dan Maxime mula dihidu peminat selepas mereka meraikan sambutan ulang tahun pemuda itu  pada April lalu.

Meskipun ramai yang senang melihat kedekatan pasangan ini, namun masih ada segelintir peminat berpendapat Maxime bukanlah lelaki sesuai untuk Luna disebabkan perbezaan usia yang ketara.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... xime-bouttier%C2%A0

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
percayalah ni toyboy sheols sajork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054161 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list