View: 1255|Reply: 7
|
Proaktif cegah diabetes
[Copy link]
|
|
Proaktif cegah diabetes
JIKA pesakit diabetes terus menjalani kehidupan kurang sihat, mereka mungkin memerlukan dos lebih tinggi.
UMUM mengakui bahawa pengambilan ubat adalah penting oleh pesakit diabetes.
Begitu pun, sekiranya pesakit tidak membuat sebarang perubahan gaya hidup dan terus menjalani kehidupan kurang sihat, mereka mungkin memerlukan dos lebih tinggi atau lebih banyak ubat-ubatan.
Justeru, Program Gaya Hidup Diabetes (DLP) dilancarkan dalam usaha menerapkan intervensi gaya hidup dalam amalan pengurusan diabetes.
Ia bertujuan menambah baik hasil rawatan diabetes, di samping mengurangkan beban terhadap pesakit, keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan ekonomi negara.
Pakar Perunding Kanan Endokrinologi yang juga Pengerusi Panel Pakar DLP, Datuk Dr Zanariah Hussein berkata, diabetes adalah keadaan di mana gula darah seseorang itu sentiasa tinggi.
Kata beliau, gula yang tinggi berpanjangan adalah serius kerana ia mengundang pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang, kebutaan, kerosakan saraf yang boleh melumpuhkan dan amputasi kaki.
"Sejak sekian lama, ahli penjagaan perubatan dan pesakit banyak bergantung kepada ubat-ubatan untuk mengawal paras gula darah tinggi.
"Namun, kajian juga membuktikan bahawa perubahan gaya hidup turut memberi kesan positif.
"Dalam hal ini, pengurusan diet, gaya hidup aktif, pemantauan gula darah secara kendiri dan penurunan berat badan adalah langkah asas dalam menguruskan diabetes," katanya pada majlis perasmian DLP, baru- baru ini.
Program dirasmikan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Mohd Azman Yacob yang mewakili Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Menurut Dr Zanariah lagi, kelestarian perubahan gaya hidup dan mengekalkan penurunan berat badan bukan sahaja dapat membantu mengurangkan paras gula darah, kolesterol dan tekanan darah, malah jumlah ubat yang diperlukan.
KANDUNGAN gula yang tinggi berpanjangan adalah serius kerana ia mengundang pelbagai komplikasi.
Kata beliau, manfaatnya jelas sehinggakan garis panduan amalan klinikal berkaitan diabetes mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai asas pengurusan diabetes, tidak kira untuk mereka yang belum atau sudah mengambil ubat atau menerima rawatan insulin.
Bagaimanapun, ramai ahli penjagaan kesihatan dan pesakit beranggapan intervensi gaya hidup dalam mengawal diabetes tidak penting.
"Oleh itu, kami membentuk Program Gaya Hidup Diabetes ini untuk ahli profesional penjagaan kesihatan dan pesakit supaya mereka memahami kepentingan intervensi gaya hidup.
"Kami sediakan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan pemakanan, menjalankan aktiviti fizikal secara aktif, memantau gula darah secara kendiri dan memberi motivasi berterusan.
PERJANJIAN MoU yang ditandatangani antara pelbagai panel pakar yang juga peneraju utama DLP berkenaan.
"Ini penting untuk memastikan ahli professional kesihatan dapat membantu pesakit meneruskan perubahan gaya hidup lantas mendapat hasil rawatan yang memberangsangkan," katanya.
Bagi tujuan itu, lebih 3,000 ahli penjagaan kesihatan daripada pelbagai bidang penjagaan diabetes seperti doktor perubatan, pendidik jururawat diabetes, ahli dietitian dan ahli farmasi sudah dilatih.
DLP juga sudah memulakan satu projek rintis yang membabitkan 60 Pakar Perubatan Keluarga daripada lebih 50 klinik kesihatan.
Kata Dr Zanariah, pihaknya teruja dan berharap program itu dapat diperluaskan lagi bagi membolehkan lebih ramai ahli penjagaan kesihatan dan pesakit diabetes di seluruh negara mendapat manfaat sewajarnya.
"Kami mahu masyarakat menyedari bahawa perubahan gaya hidup adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dan akan mendatangkan manfaat besar.
"Contohnya, merancang saiz hidangan nasi, sumber protein dan sayur-sayuran berdasarkan prinsip pinggan sihat atau 'suku-suku-separuh' akan menjamin diet seimbang dan memenuhi keperluan pemakanan pesakit.
"Selain itu, pemilihan bijirin penuh dan makanan tinggi serat mengambil lebih masa untuk dicerna, ia akan membantu mengelakkan peningkatan gula darah secara mendadak yang lazim berlaku apabila kita mengambil karbohidrat terproses," katanya.
Pada majlis sama, turut dimeterai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara pelbagai panel pakar yang juga peneraju utama DLP berkenaan.
Ia termasuk Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).
Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/202 ... ktif-cegah-diabetes
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau beras biasa dgantikan dgn beras basmathi ok tak? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita mmg xmnm manis ada potensi nak kena diabetis? paling menakutkn sbb hakak hakak abg ofis umo below 40 dah berpenyakit ni..takut la |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 8-5-2023 03:16 PM
kalau beras biasa dgantikan dgn beras basmathi ok tak?
Ok tp beras basmathi bkn mahal ker? |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 10-5-2023 08:48 PM
kalau kita mmg xmnm manis ada potensi nak kena diabetis? paling menakutkn sbb hakak hakak abg ofis u ...
Ada sekiranya mak bapak kita atau adik beradik ada diabetics jgk. Suka x suka kena terima kenyataan yg pahit ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang x minum manis langsung pun gula tinggi. sbb bukan faktor minuman je. lgsg xd gula pun masalah jgk |
|
|
|
|
|
|
|
ye sis adila
sebab suka makan coklat dan aiskrim benda benda yang mengandungi gula putih.
gula putih memang tak bagus untuk dimakan oleh kita.
beli gula kelapa ke
untuk buat air
|
|
|
|
|
|
|
|
x minum manis, tapi makan nasi satu pinggan membukit, makan pastri/roti byk2 x termasuk mee, bihun, sphageti n instant mee tu pon adalah penyebab jugak.
lebih2 kalau kita x de buat apa2 gerakan exercise. simple carbo yg kita consume tu akan ditukarkan jadi gula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|