View: 3089|Reply: 15
|
Piala Dunia 2022 berlangsung awal tahun itu?
[Copy link]
|
|
Piala Dunia 2022 pada awal tahun
2010/12/05 -
Franz Beckenbauer -
SI cilik memeluk replika Piala Dunia ketika bersama ribuan warga Doha menyambut kejayaan negara Arab pertama mencipta sejarah menjadi tuan rumah Piala Dunia di bandar raya itu, kelmarin.
Bagi mengelak suhu panas terik Qatar: Beckenbauer
BERLIN: Piala Dunia 2022 di Qatar kemungkinan diadakan pada Januari atau Februari bagi mengelakkan suhu panas terik di negara padang pasir itu, kata ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Franz Beckenbauer semalam.
Beckenbauer, yang memenangi Piala Dunia 1974 selaku kapten Jerman Barat dan membantu negara itu merangkul kejuaraan ketika menjadi jurulatih pada 1990, berkata perlawanan pada musim sejuk akan menjadi alternatif.
Piala Dunia secara tradisi diadakan pada musim panas selepas berakhir pertandingan liga tempatan.
Qatar, menewaskan Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, berkata mereka kemungkinan menggunakan teknologi iklim kawalan untuk mengawal suhu 27 darjah di atas padang, sementara di luar padang 50 darjah.
“Seseorang harus memikirkan jalan penyelesaian yang berbeza,” kata Beckenbauer kepada akhbar Bild, yang juga kolumnis di akhbar itu.
“Pada Januari atau Februari anda akan berasa selesa di sana dengan suhu 25 darjah. Perancangan untuk pertandingan liga besar perlu diubah pada 2022, tetapi ia bukan masalah utama.
“Ia akan menjadi alternatif daripada menggunakan iklim yang memerlukan perbelanjaan besar,” kata Beckenbauer yang akan meletak jawatan selaku ahli jawatankuasa eksekutif FIFA paling berkuasa, Mac nanti - Reuters
P/S: Kalau Piala Dunia 2022 diadakan pada bulan 1 atau 2 tahun itu, mesti kejohanan itu akan clash ngan Tahun Baru Cina (CNY - tipikalnya bulan 1 atau 2) dan Hari Valentine, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
UEFA sokong cadangan ubah tarikh Piala Dunia 2022
11/12/2010 3:06am
PRAGUE, 11 Dis. - Presiden UEFA, Michel Platini menjelaskan, dia tidak kisah dengan cadangan mengubah tarikh Piala Dunia 2022 di Qatar dari musim panas ke musim sejuk bagi mengelakkan suhu padang pasir paling panas .
Selepas perjumpaan jawatankuasa eksekutif UEFA di Prague semalam, Platini berkata, itu mungkin lebih memudahkan penganjuran Piala Dunia pada Januari berbanding bulan Jun.
“Adalah benar bahawa jika kita berbincang tentang Piala Dunia di Negara Teluk itu pada Januari nanti, ia akan lebih mudah beraksi berbanding Jun. Untuk itu, saya setuju, mengapa tidak? Ia mungkin dilakukan,” ujar Platini.
Qatar menerima hak penganjuran Piala Dunia 2022 minggu lalu, meskipun timbul kebimbangan tentang kepanasan melampau sehingga memberi risiko kepada kesihatan jika dianjurkan pada musim panas.
Namun begitu, Platini juga mempertahankan pemilihan Qatar dengan mengatakan, para pemain telah pun berdepan dengan musim panas melampau pada Piala Dunia 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).
“Suhu di Dallas ketika itu adalah 45 darjah Celcius, jika tidak silap saya, pada 1994 dan semua orang mengkritik AS ketika itu,” tambahnya. - AFP
P/S: Kalau betul Piala Dunia 2022 pada bulan SATU atau DUA, ada afdalnya jangan sambut Hari Valentine, gantikannya dengan Piala Dunia 2022. |
|
|
|
|
|
|
|
xberbaloi la..semua liga nk kena anjak ke musim panas ke?daripada kacau perjalanan liga,lbh baik kekalkn jela world cup musim panas..baru2 ni ada cadangan pasang aircond..susah gak nk wat tu..aku rasa sape2 yg undi qatar tu da terima seadanya musim panas ni..klu x,diorang xdenya nk undi qatar..xpn diorang undi sebab rasuah...
Qatar World Cup brings air-conditioning challenge
Qatar’s recent 2022 World Cup win has brought about a focus on large scale air-conditioning, particularly when summer temperatures in the country regularly pass 40 deg C.
12 stadiums will be built in all with several being ‘open air’. All will be incorporating solar technology to generate electricity, and when not in use this will be diverted back onto the grid. This arrangement is claimed to facilitate carbon-neutral stadiums.
However, this claim has been challenged due to the gas used in the actual A/C units, which will produce a degree of leakage into the atmosphere.
Furthermore, the huge energy demands required to power the facilities may not be fully covered by solar technology.
Speaking in The Telegraph, Professor Graeme Maidment, South Bank University, said: “Although the stadia claim to be ‘carbon neutral’ it is not clear whether this assessment has included the impact of cooling gases. 10 per cent of all greenhouse gases are from refrigeration and air-conditioning, approximately one third of this is from air-con.”
The amount of energy that will be used is immeasurable at the moment, however David Butler of the Building Research Establishment, said: “Putting solar panels on the outside of the Qatari stadium will not generate enough energy to cool it. They will simply run out of juice as the amount of energy required will far outstrip the number of panels.”
Mr Maidment suggests adopting a cooling cycle approach, to harness the heat. “We would encourage the World Cup to use adsorption and absorption bridge technology, which means the cooling will be powered by renewable means.” |
|
|
|
|
|
|
|
11/12/2010 3:06am
PRAGUE, 11 Dis. - Presiden UEFA, Michel Platini menjelaskan, dia tidak kisah ...
hayrin86 Post at 11-12-2010 10:50
apalah sangat clash ngan valentine day ngan hari raya cina, tapi kalau buat bulan june-july boleh jadi clash ngan ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
apalah sangat clash ngan valentine day ngan hari raya cina, tapi kalau buat bulan june-july boleh jadi clash ngan ramadhan
lordvoldemort Post at 11-12-2010 11:34
Buat apa nak sambut Valentine Day. Valentine's Day sebenarnya dah tak relevan sejak dulu lagi. Cukuplah dengan Piala Dunia saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Quite a logical solution... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo camtu mcm mana plak utk liga2 utama??
nk kene ubah jugak jadual ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo camtu mcm mana plak utk liga2 utama??
nk kene ubah jugak jadual ke?
Filippo Post at 12-12-2010 10:49
kena ubah sikit la to give enough time utk world cup 2022 |
|
|
|
|
|
|
|
apalah sangat clash ngan valentine day ngan hari raya cina, tapi kalau buat bulan june-july boleh jadi clash ngan ramadhan
lordvoldemort Post at 11-12-2010 11:34
Kalau kaum Cina kat seluruh dunia, no problem kalau sambut Tahun Baru Cina dan Piala Dunia (Kongsi-Bola) serentak. Kalau V-Day pula, no more V-Day sebab ia adalah perayaan sekular yang wajib diboikot terutama apabila bertembung dengan Piala Dunia waktu itu. Macam tahun 1986 dulu Piala Dunia tahun itu bertindih dengan Ramadan dan Hari Raya. |
|
|
|
|
|
|
|
England resah perubahan waktu Piala Dunia
2011/01/13
LONDON: Pemimpin Persatuan Bola Sepak England (FA) memberi amaran, kelmarin bahawa memindahkan waktu pertandingan Piala Dunia 2022 di Qatar ke awal tahun, bakal mendatangkan masalah secara logistik.
Sejak undi kontroversi pada Disember, Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter berkata dia menjangkakan acara itu dianjurkan awal 2022 berikutan kebimbangan mengenai panas terik matahari musim panas di negara padang pasir itu.
“Idea bermain di Qatar membuatkan saya dalam keadaan bingung ketika ini,” kata Setiausaha Agung FA, Alex Horne, kelmarin.
“Menyediakan pasukan dalam persekitaran sebegitu, kami tidak mengetahui apa jaminan mereka dalam bentuk logistik dari segi padang latihan misalnya. Ia tidak kelihatan seperti pengalaman menarik buat peminat, ia kelihatan menghairankan, itu yang saya boleh perkatakan.... saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah.”
Qatar menewaskan Amerika Syarikat, Australia, Jepun dan Korea Selatan bagi hak bidaan di sebalik kebimbangan mengenai suhu yang kerap melampaui 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit).
Tatkala langkah memindahkan Piala Dunia ke tempoh yang lebih sejuk akan memanfaatkan kesihatan, ia akan menjejaskan jadual bola sepak domestik di seluruh Eropah sebelum dan selepas kejohanan itu, yang kebiasaannya bermula pada Jun.
“Ia akan membuat keadaan tunggang terbalik, kerana anda memerlukan sembilan atau 10 minggu merentasi musim sejuk. Ia akan membahagikan musim dan anda perlu bermula awal atau habis lewat,” kata Horne.
“Ia adalah satu mimpi ngeri logistik. Sama ada ia adalah idea baik atau tidak, saya tidak tahu.” - AP
P/S: Kalau confirm Piala Dunia 2022 berlangsung bulan 1 atau 2 tahun itu, jom jangan sambut Hari Valentine! |
|
|
|
|
|
|
|
england.......dah mula la tuuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
england.......dah mula la tuuu.....
alesandra Post at 13-1-2011 12:09
buat bulan berapa pun, bukannya england dapat layak ke semifinal pun |
|
|
|
|
|
|
|
buat bulan berapa pun, bukannya england dapat layak ke semifinal pun
rayyanrafael Post at 18-1-2011 16:49
Betul tu. England gah di media saja tapi main tak seindah yang diimpikan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
FIFA tidak mahu ubah
ZURICH: Badan induk bola sepak dunia, Fifa, tidak mempunyai rancangan mengubah kalendar antarabangsa dan menegaskan, langkah menunda Piala Dunia 2022 kepada musim sejuk perlu digalas tuan rumah, Qatar.
“Sebarang penukaran tempoh Piala Dunia Fifa 2022 dari musim panas ke musim sejuk perlu dijalankan Persatuan Bola sepak Qatar dan dibentangkan kepada Ahli jawatan kuasa Eksekutif Fifa,” kata badan induk itu dalam kenyataannya, semalam.
- Reuters
P/S: Kalau dah confirm Piala Dunia 2022 berlangsung bulan 1 atau 2, confirm V-Day tetap tak relevan sejak dulu lagi. Pasti takkan nyesal kalau memboikot V-Day. |
|
|
|
|
|
|
|
Henti sambut Hari Valentine
apalah sangat clash ngan valentine day ngan hari raya cina, tapi kalau buat bulan june-july bole ...
lordvoldemort Post at 11-12-2010 11:34
Oleh: Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
Sumber: http://www.utusan.com.my
Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
P/S: Kalau dah confirm Piala Dunia 2022 berlangsung pada bulan 1 atau 2 baik sambut saja acara tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba buat bulan 4 atau 5, boleh? |
|
|
|
|
|
|
| |
|