CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2578|Reply: 0

Sampai Palsukan Tandatangan? Kenapa Suami Suka Menipu Bila Nak Berpoligami?

[Copy link]
Post time 18-4-2023 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Sampai Palsukan Tandatangan? Kenapa Suami Suka Menipu Bila Nak Berpoligami?


Sejak kebelakangan ini seringkali terpampar di laman media sosial isu berkaitan masalah rumah tangga, poligami secara senyap dan isu ‘penyondol’. Mungkin ini merupakan tanda jodoh tidak berpanjangan namun bagi pasangan yang masih lagi utuh hubungan rumah tangga, ternyata perasaan risau itu pasti ada. Tambah pula bila difikirkan semula, isu suami poligami ini selalunya dilakukan secara diam-diam…

Kenapa lelaki suka secara senyap-senyap berpoligami tanpa pengetahuan dan minta keizinan isteri pertama? Kenapa mulakan hubungan ini dengan penipuan yang boleh menyebabkan kekeruhan pasa masa hadapan?



KENAPA SUAMI POLIGAMI MESTI MULAKAN DENGAN PENIPUAN?


Bercakap mengenai poligami, pasti akan tercetusnya pendebatan dalam kalangan orang ramai sama ada perkara ini perlu dinormalisasi antara pasangan atau tidak. Dengan tercetusnya banyak isu membabitkan kes ‘penyondol’, ini menyebabkan lebih ramai dalam kalangan isteri yang telah ‘memagar’ suami masing-masing. Jadi, pilihan yang dilakukan oleh si suami apabila ingin berpoligami adalah dengan cara menipu. Kenapa?

1.ISTERI GARANG

Mempunyai isteri yang garang atau dalam erti lain ‘takut bini’ merupakan salah satu sebab kenapa si suami memilih jalan untuk menipu isteri pertama untuk berpoligami. Ini yang menyebabkan si suami secara senyap-senyap berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isteri yang pertama.

2.MASALAH KOMUNIKASI

Benarlah kata orang bahawa kunci kebahagiaan rumah tangga adalah mempunyai sistem komunikasi yang bagus. Kalau dari awal si suami tidak pernah mempunyai cara komunikasi yang bagus dengan isteri, macam mana nak minta izin dengan isteri pertama untuk kahwin lagi satu bukan?

3.TIDAK MAHU KERUHKAN KEADAAN

Mungkin ramai kalangan lelaki yang mempunyai jenis pemikiran sebegini. Mereka menganggap bahawa keputusan yang mereka lakukan tersebut adalah untuk tidak mengeruhkan keadaan namun sebenarnya tidak. Dengan mendirikan perkahwinan kedua secara diam-diam sebenarnya mengeruhkan lagi hubungan bukan sahaja antara pasangan, malah seluruh keluarga bagi ketiga-tiga pihak.

“BERPOLIGAMI BIAR PENUH TANGGUNGJAWAB”


Menurut Dr. Ahmad Sanusi Azmi yang merupakan penasihat agama dan syariah, lelaki yang ingin berpoligami perlulah mempunyai tanggungjawab yang tinggi. Berikut merupakan antara 5 nasihat yang si suami perlu dengar sebelum meneruskan hubungan rumah tangga yang bermula dari sebuah penipuan.

1. Para suami yang ingin berpoligami, hendaklah mereka melaksanakan ibadah nikah ini dengan penuh tanggungjawab. Jangan mulakan ibadah perkahwinan ini dengan pengkhianatan samada menipu dokumen atau memalsukan tandatangan.

2. Sesungguhnya perkahwinan adalah sebuah ibadah dalam Islam. Rasulullah pernah mengingatkan kita agar bertakwa dan takut kepada Allah dalam urusan yang melibatkan isteri-isteri kita. Sabda Rasulullah:

إتَّقُوا اللَّهَ في النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ

“Bertakwalah kamu kepada Allah dalam urusan isteri-isteri kamu. ٍSesungguhnya kamu mengambil mereka dengan keamanan dari Allah dan kamu menghalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah.” (HR Muslim)

3. Ketika menghuraikan maksud hadis ini, al-Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan “kamu menghalalkan faraj mereka dengan kalimah Allah” adalah kerana Allah telah memerintahkan kaum muslimin agar berkahwin. Perintah syariat ini atau kalimah Allah ini direkodkan dalam al-Quran yang menyebutkan:

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..” (Surah al-Nisa: 3)

4. Dengan itu, andai kita sedang berhasrat untuk melaksanakan ibadah nikah, mengapa tergamak kita menipu dan memalsukan dokumen dalam urusan ibadah yang disyariatkan oleh Allah.

5. Tindakan sebegini dibimbangi menyebabkan seseorang berlaku zalim pada isteri atau mereka yang terlibat. Isu dan permasalahan sebegini telah lama dibincangkan oleh Persatuan Wanita Muslimah WAFIQ (The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education).

*Sesungguhnya buat kaum lelaki, janganlah hanya kerana nafsu anda sanggup menduakan kasih sayang isteri pertama yang anda pernah tergila-gilakan suatu ketika dahulu. Sudah dapat yang kedua, terus dilupakan cinta pertama?”

Sumber: Dr.Ahmad Sanusi, Utusan TV
https://siraplimau.com/suami-poligami-diam-diam/#google_vignette

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054224 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list