Usahawan Siti Jamumall sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman.
Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkata, dia tampil membuat pengakuan itu kerana tidak mahu menimbulkan fitnah apatah lagi perkara itu mula menjadi bualan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.
Enggan berkongsi punca penceraian itu, Siti sebaliknya mahu terus fokue mencari rezeki bagi menyara dua anak lelakinya.
"Banyak orang buat fitnah dan komen yang buat saya terpaksa bercakap mengenai perkara ini. Ini dugaan, saya tidak mahu cerita lebih-lebih tapi saya sekarang ini adalah ibu tunggal.
"Saya cari rezeki untuk besarkan anak-anak saya, dua orang putera saya," katanya.
Siti berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.
“Ini Bukan Konten Tapi Benar” - Siti Jamumall Dedah Sudah Cerai, Netizen Dakwa Gimik Nak Jual Produk
Dalam pada itu, Siti menyangkal pendedahannya itu sebagai salah satu cara marketing dan ingin meraih simpati masyarakat bagi meningkatkan jualan produknya.
Sumber: mStar |