View: 1896|Reply: 0
|
Nasib United bergantung pada Nice
[Copy link]
|
|
Manchester United boleh tersingkir daripada Liga Juara-Juara jika Ratcliffe mengambil alih pasukan dan Nice berkedudukan lebih baik daripada mereka untuk ke Liga Juara-Juara. - AFP
LONDON: Manchester United boleh terlepas aksi Liga Juara-Juara walaupun jika Jim Ratcliffe mengambil alih kelab dan mereka menamatkan saingan di kelompok empat teratas.
Penyokong sudah menyedari seorang lagi pembida, Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani mungkin perlu membuktikan dia tiada pengaruh terhadap PSG sekiranya mahu membeli kelab itu dari Glazer.
Namun pendedahan baharu memberikan ancaman terhadap pengambilalihan dan apa yang berlaku seterusnya.
Ia berpunca daripada Ratcliffe, lelaki terkaya Britain yang juga memiliki Nice.
Mengikut peraturan UEFA, yang bermakna jika United dan kelab liga utama Perancis itu layak ke Liga Juara-Juara, hanya kelab yang menamatkan kedudukan di tempat lebih tinggi boleh menyertai kejohanan berkenaan.
Jadi jika Nice berkedudukan ketiga Ligue 1 dan United keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), kelab Ratcliffe di Perancis akan layak.
Dan ia menyebabkan masa depan Red Devils tergantung.
Dan Nice kini di kedudukan ketujuh - 13 mata di belakamg Lens yang menghuni tangga ketiga.
Sementara United, adalah pilihan untuk kedudukan ketiga dalam EPL.
Ia menyebabkan Ratcliffe berdepan dilema dalam dua senario berkenaan.
Cabaran paling besar ialah Glazers dilaporkan terus berkeras untuk menjual kelab pada harga sekitar £6 bilion (RM32.52 bilion).
Isu lain ialah sama ada bos Ineos itu sedia melepaskan Nice - untuk memberi fokus kepada Red Devils dan menyelesaikan halangan untuk ke Liga Juara-Juara itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ergantung-pada-nice |
|
|
|
|
|
|
| |
|