View: 3243|Reply: 0
|
Kejap Sedih, Sekejap Murung, Ini 5 Jenis Emosi Isteri Dalam Pantang, Suami Kena Peka!
[Copy link]
|
|
Kejap Sedih, Sekejap Murung, Ini 5 Jenis Emosi Isteri Dalam Pantang, Suami Kena Peka!
Dari waktu mengandung sehinggakan selepas bersalin, kesakitan wanita bernama ibu ini takkan pernah henti. Kesakitan yang dialami itu, bukan sahaja secara fizikal malah emosinya juga. Emosi ibu selepas bersalin memang akan berubah-ubah, jadi si suami perlu sentiasa tahu dan peka mengenai ini.
Jangan pula sama naik atau sama nak berlawan dengan emosi isteri. Anda kena salurkan ketenangan dan kekuatan pasangan yang sedang kesakitan. Emosi isteri sewaktu ini, banyak yang perlu diberikan perhatian jika tidak boleh membawa kepada kemudaratan seperti kemurungan selepas bersalin.
EMOSI IBU SELEPAS BERSALIN
Sebenarnya, masa ini lah si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan.
Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.
5 JENIS EMOSI YANG SUAMI KENA TAHU SELEPAS ISTERI BERSALIN
1. EMOSI SEDIH
Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan. Sakit yang mencucuk-cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba-tiba.
2. EMOSI BIMBANG
Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed). Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu pengeluaran hormon haid.
Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, bergantung pada fisiologi badan masing-masing.
3. EMOSI MARAH
Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah-marah. Jadi, jangan pelik kalau emosi dia tiba-tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Itu semua mungkin gejala ‘Baby Blues’.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).
Postpartum depression ini bahaya ke? Ya, memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.
4. EMOSI GEMBIRA
Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semula jadi daripada badan. Itu yang bila peluk cium bayi, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.
5. EMOSI SENSITIF
Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih-lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri.
Elakkan soalan sensitif seperti, ‘alahai, kecilnya anak kamu’, atau ‘gelapnya kulit anak kamu’. Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.
Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi.
Saidatul Husna.
Sumber: Facebook Saidatul Husna
https://siraplimau.com/emosi-ibu-selepas-bersalin/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|