View: 3161|Reply: 0
|
Chelsea anjur majlis berbuka puasa di Stamford Bridge
[Copy link]
|
|
Peminat beragama Islam dan masyarakat setempat menghadiri majlis berbuka puasa di Stamford Bridge. - Foto REUTERS
LONDON: Stamford Bridge menjadi stadium Liga Perdana Inggeris pertama menganjurkan majlis berbuka puasa kepada penduduk tempatan yang beragama Islam.
Ratusan peminat mengambil kesempatan menghadiri majlis berkenaan yang diadakan di tepi padang kelab Inggeris itu.
Paul Canoville, pemain berkulit hitam pertama yang beraksi untuk Chelsea, dijemput untuk berucap di majlis itu.
"Ia amat bermakna buat saya untuk melihat komuniti ini bersatu. Itulah perkara penting dalam bola sepak - menyatukan masyarakat.
"Ia satu pengalaman baharu buat saya, saya pasti mahu melakukannya sekali lagi," kata Canoville, yang bermain 103 perlawanan untuk Chelsea dari tahun 1981 hingga 1986.
Masyarakat setempat di Fulham, penyokong dan pelajar sekolah dijemput menghadiri majlis berbuka puasa itu yang turut disertai kakitangan Chelsea FC.
Peminat beragama Islam dan masyarakat setempat menghadiri majlis berbuka puasa di Stamford Bridge. - Foto REUTERS
Skuad Chelsea ketika ini dibarisi beberapa pemain beragama Islam antaranya Wesley Fofana, N'Golo Kante, Hakim Ziyech dan Malang Sarr.
Minggu lalu, pegawai perlawanan Liga Perdana Inggeris dan Liga Inggeris (EFL) diarahkan untuk memberikan masa lebih lama apabila permainan terhenti bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa.
Majlis berbuka puasa turut diadakan di Brighton semalam, dikuti QPR (30 Mac), Aston Villa (5 April) dan Wembley (15 April).
Projek ini dianjurkan bersama oleh Ramadan Tent Project. - AGENSI
Peminat beragama Islam dan masyarakat setempat menghadiri majlis berbuka puasa di Stamford Bridge. - Foto REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -di-stamford-bridge |
|
|
|
|
|
|
| |
|