CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1961|Reply: 0

[Perak] JAIPk akan tegur jika bacaan imam tidak ikut hukum tajwid

[Copy link]
Post time 27-3-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular memaparkan bacaan imam termasuk bagi surah al-Fatihah bagi solat tarawih disifatkan sangat laju. FOTO Tular

Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengambil tindakan menegur sekiranya bacaan imam dalam solat di masjid seluruh negeri ini tidak menepati hukum tajwid, kata Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai video tular di laman Twitter memaparkan bacaan imam termasuk bagi surah Al-Fatihah ketika solat tarawih di sebuah masjid dalam negeri ini yang disifatkan sangat laju.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi ketika ditanya sama ada perbuatan imam seperti video berkenaan menepati hukum tajwid atau sebaliknya.

"Sekiranya kami dapati bacaan imam tidak menepati hukum tajwid, maka teguran akan diberikan kepada pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp.

Berdasarkan video berdirasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik Jumaat lalu melalui pengguna akaun PERAK POWER @iloveyouIPOH itu, kejadian didakwa berlaku di Perak namun tidak menyatakan lokasi masjid secara terperinci.

Menurut keterangan video itu lagi, solat tarawih lapan rakaat didirikan jemaah masjid itu selesai hanya dalam tempoh 10 minit dengan beberapa warganet meninggalkan komentar bahawa masjid dimaksudkan itu terletak di Taiping, Perak.

Setakat tengah hari ini, video terbabit mendapat lebih 218,000 tontonan dengan 942 perkongsian secara ulang kicau (retweet).

Ditanya sama ada JAIPk ada menerima laporan berkaitan video itu, Harith Fadzilah bagaimanapun berkata tiada laporan berkaitannya diterima pihaknya setakat ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-ikut-hukum-tajwid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.090759 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list