CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

Mbappe penjaring terbanyak PSG

[Copy link]
Post time 6-3-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

MBAPPE menikmati pencapaian istimewa menjadi penjaring terbanyak PSG dengan meledak satu gol ketika menang 4-1 ke atas Nantes di Parc des Princess awal pagi semalam. – AFP



PARIS – Satu gol yang dihasilkan ketika melengkapkan kemena­ngan 4-2 ke atas Nantes, awal pagi semalam melonjakkan nama Kylian Mbappe sebagai penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG).

Jaringan itu melengkapkan gol ke 2-1 Mbappe, lebih satu gol berbanding rekod lama milik Edinson Cavani, namun catatan dilakukan penyerang muda itu dilakukan hanya dalam 247 perlawanan.

Turun sebagai kapten, bekas bintang AS Monaco berusia 24 tahun itu kekal dengan sentuhan tajam dan Mbappe turut akui begitu mengidam untuk melakar rekod.

“Saya bermain untuk mencipta sejarah dan seperti saya sering katakan, saya mahu buat sejarah di Perancis. Inilah yang saya sedang lakukan sekarang dan walaupun ia sesuatu yang hebat, masih banyak yang saya perlu lakukan selepas ini.

“Jika kamu katakan saya mampu jaringkan gol ketika memakai lilitan kapten untuk memecahkan rekod, sudah pasti saya tidak pernah percayakannya.Ini bukan pencapaian hebat buat saya seorang tetapi ia adalah kejayaan secara kolektif.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, jurulatih, pengurusan dan juga penyokong yang sentiasa beri dorongan kepada saya,” kata­nya.

Terdahulu, Lionel Messi membuka jaringan buat PSG sebelum Jaouen Hadjam tertampan bola ke gawang sendiri untuk beri gol kedua buat tuan rumah.

Kemudiannya Ludovic Blas dan Ignatius Ganago untuk kembali menyamakan kedudukan, namun Danilo Pereira sekali lagi beri kelebihan buat PSG sebelum Mbappe melengkapkan jaringan keempat.

Kemenangan ini juga ma­kin mengukuhkan kedudukan PSG di puncak Ligue 1 dan kini me­ngumpul 63 mata selepas mengha­rungi 26 perlawanan. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... ring-terbanyak-psg/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054951 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list